China Pamer Teknologi Terkini pada Minggu Keselamatan Jalan Raya ESCAP

(CRI)Khamis 05 Jun 2025

Beberapa syarikat automobil China mengambil bahagian dalam Minggu Keselamatan Jalan Raya anjuran Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) di Bangkok, Thailand pada Rabu.

Syarikat-syarikat ini mempamerkan model terbaharu serta sistem bantuan pemanduan canggih mereka pada acara tersebut.

Syarikat automobil China seperti Chang'an, GAC, BYD, GWM dan jenama antarabangsa lain turut mengadakan pameran statik dan ujian tunggangan dinamik bersama pengeluar antarabangsa lain, selain turut mempamerkan fungsi bantuan pemanduan seperti pemanduan pelayaran dan parkir automatik.

Pengerusi UN/WP.29/GRVA berkata, pihaknya komited untuk mempromosikan sistem pemanduan pintar bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

Katanya, kerajaan China, organisasi industri dan sektor korporat telah terlibat secara aktif dalam kerja berkaitan, berkongsi maklumat dengan negara lain dan menyertai penyelarasan peraturan.

Beliau pada masa sama turut memuji usaha pengeluar kereta China yang giat mempromosikan sistem pemanduan pintar dan memperkenalkan teknologi terkini, yang membantu mendorong inovasi melalui persaingan dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Video

Berita Berkaitan