WFP Hargai Bantuan China kepada Mangsa Bencana di Selatan Madagascar

(CRI)Jumaat 06 Jun 2025

Program Makanan Sedunia (WFP) mengeluarkan satu kenyataan pada Rabu, untuk mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan makanan yang dihulurkannya kepada lebih 50,000 penduduk di Selatan Madagascar yang terkesan dalam bencana siklon tropika.

Dimaklumkan, pada tempoh Disember 2024 hingga Mac 2025, para petugas China telah mengagihkan 1,600 tan beras di sejumlah pekan dan kampung di Selatan Madagascar, yang dilihat penting bagi memastikan keselamatan makanan setempat.

Majlis penandatanganan sijil bantuan makanan telah diadakan di Tananarive, Madagascar pada Rabu, menandakan berakhirnya program kebajikan itu.

Pada majlis tersebut, Duta Besar China ke Madagascar, Ji Ping berkata, China dan Madagascar akan terus melaksanakan langkah bagi mengembangkan pertanian yang berpaksikan rakyat, dan menyeru masyarakat antarabangsa bagi menangani dampak dari perubahan iklim.

Video

Berita Berkaitan