- Lain-lain
Sepasang Bapa dan Anak Pelihara Pembuatan Kain Tradisional di Jiangxi
Song Zhixue sedang membuat Xiabu, yang secara harfiahnya bermaksud kain musim panas di kaunti Wanzai, bandar Yichun, Provinsi Jiangxi di timur China. (Foto oleh Zhou Liang)
Xiabu, kraftangan China tradisional yang secara harfiahnya bermaksud kain musim panas, mempunyai sejarah lebih 1,600 tahun di kaunti Wanzai, bandar Yichun, Provinsi Jiangxi di timur China.
Song Shuya, 80, merupakan pewaris kraf tenunan Xiabu Wanzai peringkat kebangsaan di Jiangxi. Keluarganya telah mengamalkan seni tersebut selama beberapa generasi.
Ditenun menggunakan tangan daripada gentian rami, Xiabu bersifat lut udara, menyerap lembapan dan antibakteria secara semula jadi. Ia digunakan secara meluas pada zaman purba semasa musim panas, yang sejurus itu dinamakan sebagai ‘kain musim panas’.
Menurut Song, antara semua langkah yang rumit, langkah yang paling sukar adalah untuk memintal benang, iaitu mencantumkan helai rami menjadi satu benang panjang tanpa simpulan.
“Memandangkan benang yang dirawat secara semula jadi mudah putus, langkah ini mesti dilakukan sepenuhnya dengan tangan. Seorang boleh menghabiskan hampir dua bulan memintal benang yang cukup untuk hanya satu bolt kain," jelasnya.
Song Zhixue membuat Xiabu, secara harfiah bermaksud kain musim panas, di kaunti Wanzai, bandar Yichun, Provinsi Jiangxi di timur China. (Foto oleh Zhou Liang)
Pada 1998, Song Shuya telah menubuhkan Kilang Shuangzhi Xiabu di kaunti Wanzai. Dengan standard kualiti yang ketat, kainnya bukan sahaja mendapat pengiktirafan dengan cepat di China, malah juga di luar negara.
“Xiabu adalah bahan yang baik, tetapi tidak ramai yang membelinya lagi,” katanya.
Berikutan prestasi tekstil moden yang menguasai pasaran, Xiabu telah pudar daripada pandangan umum. Walaupun ramai rakan sebayanya beralih tumpuan, Song Shuya kekal dengan kraf itu, seterusnya mewariskan ia kepada anaknya iaitu Song Zhixue.
“Saya tidak berfikir banyak ketika memasuki pasaran itu ketika waktu muda. Saya hanya mahu mewarisi kraf itu daripada bapa saya dan memastikan ia berterusan,” ujar Song Zhixue, yang membesar dengan rentak tenunan. Dengan pengalaman selama lebih 30 tahun, dia kini memahami dedikasi sepanjang hidup terhadap anyaman itu.
“Kerja tangan adalah initpati kepada Xiabu, dan juga cabaran terbesar,” kata Song Zhixue sambil menjelaskan bahawa mesin memintal memerlukan rami memerlukan rami mendidih hingga menjadi gentian tulen, yang menghilangkan gam semula jadi yang berharga.
Song Zhixue menenun Xiabu, secara harfiah bermaksud kain musim panas, di kaunti Wanzai, bandar Yichun, Provinsi Jiangxi, timur China. (Foto oleh Zhou Liang)
Kebergantungan terhadap kerja manual tersebut menjadikan Xiabu mengeluarkan hasil yang sedikit dan mahal. Untuk menangani perkara ini, Song Zhixue telah bekerjasama dengan universiti untuk memperhalusi proses tersebut.
Jelasnya, pihaknya sedang berusaha untuk mengekalkan tekstur semula jadi fabrik dan faedah antibakteria sambil meningkatkan kecekapan dan kemampuan untuk memperbesarkan lagi perniagaan.
Untuk mempromosikan Xiabu, Song Zhixue telah mencuba pendekatan baharu. Beliau telah menyepadukan teknik mewarna Yunnan ke dalam produk Xiabu dan mereka bentuk lebih 200 barangan kebudayaan termasuk kasut, beg, topi, kipas, tikar teh dan langsir.
Pada 2023, Song Zhixue dan bapanya membuka Pusat Kebudayaan Xiabu, yang menampilkan kawasan tenunan tangan untuk pengunjung merasai sendiri keindahan warisan tidak ketara tersebut.
Song Zhixue mengeringkan Xiabu, yang secara harfiahnya bermaksud kain musim panas di kaunti Wanzai, bandar Yichun, Provinsi Jiangxi di timur China. (Foto oleh Zhou Liang)
- Ganti Plastik Dengan Buluh, Pemandangan di Jiangxi Bertukar Jadi Keemasan
- Pelancong Berpusu-pusu Tuai Oren Pusar di Jiangxi
- Pemandangan Udara Tasik Poyang Umpama Pokok
- Kampung Purba Huangling Kembali Bertenaga
- Inovasi Hembus Nafas Baru kepada Seramik Jingdezhen
- Jiangxi Sedia Vaksin HPV Percuma untuk Budak Perempuan Usia Sekolah
- Provinsi Jiangxi: Jalan Raya Bagai Rentas Awan