- Lain-lain
Usaha Politik Satu-satunya Pendekatan Selesai Isu Nuklear Iran: Duta China
Usaha politik dan diplomatik merupakan satu-satunya pendekatan yang betul untuk menyelesaikan isu nuklear Iran, menurut seorang duta China.
Wakil tetap China ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Li Song berkata isu nuklear Iran hanya dapat diselesaikan secara politik menerusi kerjasama di bawah kerangka IAEA, dengan syarat hak Iran dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman dihormati sepenuhnya.
Lembaga Gabenor IAEA meluluskan satu resolusi mengenai isu nuklear Iran yang dikemukakan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis dan Jerman pada Khamis.
Sepanjang mesyuarat berkenaan, negara anggota IAEA terlibat dalam perdebatan sengit berhubung isu nuklear Iran.
Li dalam ucapannya berkata isu nuklear Iran berada di persimpangan penting dan tugas yang paling mendesak adalah masyarakat antarabangsa bersinergi untuk menggerakkan dialog berasaskan prinsip saling menghormati.
Langkah-langkah seperti sekatan dan ancaman berbentuk kekerasan harus ditolak, kata beliau sambil menambah bahawa pihak terbabit perlu berusaha ke arah mencapai kesepakatan baharu bersandarkan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
Beliau turut menyeru pihak berkenaan mengadakan perbincangan sehingga menemui cara penyelesaian yang mengambil kira kebimbangan munasabah semua pihak.
- Rakyat Iran Berkabung untuk Mangsa Tragedi Letupan Pelabuhan Shahid Rajaei
- Wakil China, Rusia dan Iran Bertemu Ketua Pengarah IAEA
- China Sokong Usaha Damai Isu Nuklear Iran Secara Politik dan Diplomatik
- Rundingan Mansuhkan Pelan Nuklear Damai Iran, Tidak Akan Berlaku
- Iran Bakal Adakan Dialog Pusingan Baharu dengan Britain, Perancis dan Jerman
- China Berpendirian Teguh pada Penyelesaian Isu Hangat Melaui Dialog dan Rundingan
- Konfrontasi Tidak Bantu Selesai Isu Nuklear Iran: Wakil China
- Iran Lancar Serangan Dron, Peluru Berpandu terhadap Israel
- Iran Optimistik Terhadap Pemulangan Aset Beku
- AS Jamin Tukar Banduan dan Bebaskan Aset Iran yang Terbeku