Perdagangan Global Bersepadu Dorong Pembangunan E-dagang Rentas Sempadan di Zhengzhou
 |
Para pekerja sedang sibuk bertugas untuk mengisih dan memproses bungkusan di dalam gudang bersepadu. (People’s Daily Online/Huo Yaping) |
Barang-barang import boleh dihantar sesegera hari yang seterusnya, malah dalam sesetengah kes, barang dapat dihantar pada hari yang sama ia diimport. Bagaimanakah situasi itu berjaya direalisasikan?
Jawapan mungkin boleh terurai apabila melihat suasana di Zon Bersepadu Komprehensif Xinzheng Zhengzhou di Provinsi Henan, tengah China.
Aliran lancar trak keluar masuk, dimuatkan dengan barangan. Di dalam fasiliti penyimpanan, para pekerja kelihatan sibuk mengisih, menyimpan, memeriksa dan membungkus produk secara penuh hemat. Di sinilah bungkusan e-dagang rentas sempadan disatukan dan dihantar, sekali gus memperkukuh perdagangan global.
Suasana hiruk-pikuk petugas sedang bekerja itu adalah satu contoh jelas yang memaparkan kemajuan pesat Henan terhadap matlamat ‘beli secara global, jual secara global’, apabila ia secara aktif mengintegrasikan pola pembangunan China yang baharu.
Setakat 30 April 2025, Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou telah memproseskan 80.12 juta pesanan import dan eksport e-dagang rentas sempadan, iaitu peningkatan sebanyak 86.7 peratus dari tahun ke tahun.
Difahamkan, nilai keseluruhan barangan telah mencecah RMB9.38 bilion, iaitu kenaikan sebanyak 43.9 peratus. Selain itu, volum pesanan eksport pula direkodkan sebanyak 64.84 juta, memperlihatkan lonjakan sebanyak 155.8 peratus, dengan nilai transaksi meningkat kepada RMB6.51 bilion, iaitu menaik 89.4 peratus, sekali gus mencerminkan momentum pertumbuhan yang kuat.
 |
Para pekerja sedang sibuk bertugas untuk mengisih dan memproses bungkusan di dalam gudang bersepadu. (People’s Daily Online/Huo Yaping) |
 |
Para pekerja sedang sibuk bertugas untuk mengisih dan memproses bungkusan di dalam gudang bersepadu. (People’s Daily Online/Huo Yaping) |
 |
Bungkusan e-dagang rentas sempadan sedang menunggu giliran di dalam gudang untuk penghantaran. (People’s Daily Online/Huo Yaping) |
 |
Seorang pekerja sedang sibuk bertugas untuk mengisih dan memproses bungkusan di dalam gudang bersepadu. (People’s Daily Online/Huo Yaping) |