- Lain-lain
Asia Tengah, Perintis dalam Pelaksanaan BRI
Asia Tengah merupakan yang pertama menyaksikan pewartaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan juga perintis dalam pelaksanaan inisiatif terbabit yang menekankan pembinaan bersama yang berkualiti.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun ketika menyentuh kolaborasi antara China dengan negara-negara di Asia Tengah dalam sidang media pada Isnin.
Dimaklumkan, jumlah import eksport antara kedua-dua pihak telah mencatat RMB674.15 bilion (RM398.00 bilion) pada tahun 2024, melambung 116 peratus tahun ke tahun.
Paip minyak mentah antara China dengan Kazakhstan dan paip gas asli China-Asia Tengah mencerminkan model kerjasama baharu yang saling menguntungkan.
Jalan raya China-Tajikistan serta jalan raya dan landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan telah mendorong penaiktarafan kesalinghubungan serantau.
Sementara itu, layanan bebas visa diwujudkan antara China, Kazakhstan dan Uzbekistan.
Guo berkata, sempena Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Ke-2, pemimpin dari pelbagai negara akan menggariskan hala tuju untuk masa depan, memperluas ruang kolaborasi dalam kerangka BRI sekaligus menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib yang semakin padu.
- Kereta Api Pelancongan Kebudayaan Antarabangsa China-Asia Tengah Pertama Jadi Saluran Baharu Pertukaran Antara Rakyat, Budaya
- Xi Tiba di Astana
- Xi Berlepas ke Astana untuk Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Tinjauan CGTN: Kerjasama China-Asia Tengah Suntikkan Kestabilan kepada Dunia
- Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah Dirasmikan
- Xi Ucap Tahniah Pelancaran Projek Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan
- Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah ke-5 di Chengdu
- Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah Kelima akan Diadakan di Chengdu
- China, Kyrgyzstan dan Uzbekistan Meterai Perjanjian antara Kerajaan mengenai Projek Rel
- Sekretariat Mekanisme China-Asia Tengah Dirasmikan di Xi'an