China Hargai Usaha Negara Arab Redakan Konflik Iran-Israel

(CRI)Rabu 18 Jun 2025

China menyeru supaya pihak-pihak terlibat dalam konflik Iran-Israel kembali ke landasan penyelesaian politik menerusi dialog dan rundingan.

Jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun berkata perkara yang paling mendesak buat masa ini adalah untuk mencapai gencatan senjata, mengambil langkah berkesan bagi mengelak konflik daripada terus memuncak serta mencegah rantau berkenaan daripada terjerumus ke kancah pergolakan yang lebih besar.

Menteri luar dari 21 negara Arab dan Islam termasuk Mesir dan Jordan dalam satu kenyataan bersama pada Isnin menegaskan pentingnya menghormati kedaulatan dan integriti wilayah negara lain, serta menyelesaikan pertikaian secara damai bersandarkan prinsip kejiranan baik.

Guo berkata China menghargai usaha dilakukan negara-negara tersebut dalam meredakan ketegangan di rantau Asia Barat.

Beliau mengulangi kesediaan China untuk mengekalkan komunikasi dengan semua pihak terbabit dan memainkan peranan konstruktif dalam hal itu.

Video

Berita Berkaitan