- Lain-lain
Elektrik Terputus di Yunnan Akibat Banjir, Dron Permudah Usaha Pemulihan
Ngarai Sungai Dulong menempatkan perbandaran Dulongjiang di Kaunti Autonomi Nu dan Dulong Gonshan, Kawasan Autonomi Lisu Nujiang, Provinsi Yunnan di barat daya China.
Bermula pada 25 Mei, lima bandar dan kawasa iaitu Nujiang, Diqing, Baoshan, Dehong dan Dali telah mengalami hujan lebat selama 10 hari berturut-turut, sekali gus mencetuskan banjir kilat dan aliran serpihan merentasi beberapa kawasan di kaunti Gongshan.
Perbandaran Dulongjiang telah dilanda teruk, yang memaksa kepada penutupan pencawang Dulongjiang 35 kilovolt, seterusnya menyaksikan bekalan elektrik kepada semua 2,040 isi rumah terputus.
Dengan terputusnya talian hubungan dan jalan raya, perbandaran itu menjadi terus menjadi terpencil sepenuhnya.
Pemandangan ngarai Sungai Dulong di Provinsi Yunnan. (Foto oleh Wang Song)
Pada 3 Jun, kumpulan pertama dron penyelamat kecemasan daripada Syarikat Grid Kuasa Yunnan, iaitu anak syarikat China Southern Power Grid, tiba di perbandaran itu.
Di jambatan yang rosak di tepi Sungai Dulong, sebuah dron berjaya mengangkut generator ke kampung Kongdang. Setelah dioperasikan selama lima minit oleh kakitangan bekalan elektrik, lampu di rumah penduduk kampung La Chunxiang akhirnya hidup semula.
Dengan akses jalan disekat, sekolah, pasukan kerja penduduk dan penduduk kampung di kampung Dizhengdang, perbandaran Dulongjiang menghadapi kekurangan bekalan utama yang teruk.
Grid Kuasa Selatan China menggunakan dron pengangkat berat untuk operasi pengangkutan udara, membawa bahan-bahan yang besar ke atas bahagian jalan yang rosak teruk, sekali gus mengurangkan masa pengangkutan dan keperluan buat tenaga kerja.
Kakitangan pembaikan kecemasan dari China Southern Power Grid meredah halangan untuk menjalankan kerja pembaikan di tapak pada 5 Jun. (Foto oleh Lai Zengpeng)
Li Chun dan Bi Haoran dari Syarikat Yunnan Power Transmission and Transformation Engineering, mengendalikan dron untuk mengangkut bekalan kecemasan dan keperluan harian kepada penduduk kampung di perbandaran itu.
Dron yang membawa muatan seberat 70 kilogram, turut mengangkut dua tan bahan setiap hari, memastikan bekalan khemah, makanan dan barangan keperluan lain yang stabil ke kawasan bencana bahagian utara perbandaran itu.
Sebatang tiang elektrik seberat 160 kilogram dinaikkan secara berterusan merentasi Sungai Dulong melalui usaha selaras dua dron yang bekerja seiring.
"Untuk memenuhi keperluan pengangkatan, kami menggunakan mod 'penyelarasan dwi-pesawat', dengan dua dron berfungsi bersama seperti gear saling mengunci untuk menghantar tiang kuasa dengan lancar ke tebing sungai bertentangan," kata Li Yong dari Syarikat Yunnan Jianyuan Power Engineering.
Para petugas dari sebuah syarikat subsidiari milik China Southern Power Grid mengoperasikan dron untuk menghantar sebuah generator ke tebing sungai yang bertentangan Sungai Dulong pada 5 Jun. (Foto oleh Lai Zengpeng)
Tepat pukul 5.39 petang pada 10 Jun, tenaga elektrik telah kembali pulih di semua kawasan perbandaran Dulongjiang yang terjejas akibat bencana geologi.
Menurut Xu Yongkun, timbalan pengurus besar jabatan teknologi pengeluaran di Syarikat Grid Kuasa Yunnan, usaha pembaikpulihan di perbandaran Dulongjiang tersebut telah menyaksikan penglibatan seramai 635 anggota syarikat dari serata Yunnan, menggunakan dron 16 dron berkuasa tinggi dan 77 dron ringan.
Secara tidak langsung, ia juga menandakan kali pertama syarikat itu menggunakan dron berkuasa tinggi bagi kerja-kerja pengalihan peralatan bantuan bencana di rupa bumi ngarai, yang memaikan peranan penting dalam pemulihan tenaga elektrik di utara perbandaran Dulongjiang.
- Wuhan Lancarkan Pengoperasian Laluan Dron Baharu
- Dron Kargo China buat Penerbangan Sulung
- Sekilas Aksi 6G di Nanjing
- Dron Permudah Kerja Menuai Teh di Xizang
- Dron Hantar Makanan Hangat Buat Warga Emas di Kawasan Pergunungan Zhejiang
- Lebih 1,800 Jenis Produk Dron Awam Didaftar di China
- Skala Pengaplikasian Dron di China Terus Diperluas
- Pembangunan Industri Dron Yanqing Semakin Pesat
- Khidmat Dron Hantar Barang Rancak di Tembok Besar Pada Cuti Hari Kebangsaan
- Industri Dron China Catat Pertumbuhan Pesat