Kelibat Burung Hantu Jampuk Kelihatan di Xiamen (2)

Kelibat Burung Hantu Jampuk Kelihatan di Xiamen
Burung hantu jampuk sedang bertenggek di dahan pokok di Kampus Siming Universiti Xiamen di Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Chen Bo)

Sekumpulan burung hantu jampuk baru-baru ini muncul di pokok yang terletak di Kampus Siming Universiti Xiamen di Provinsi Fujian, tenggara China, sekali gus menarik kehadiran ramai peminat burung.

Menurut Ke Yukun dari Persatuan Pemerhati Burung Xiamen, burung hantu jampuk yang merupakan spesies di bawah perlindungan kelas kedua di China itu mempunyai habitat di hutan gunung Xiamen dan kebiasaannya bertelur pada Mac dan Jun.

Tambahnya, burung hantu tersebut telah kembali ke pokok yang sama untuk bersarang selama lima tahun berturut-turut, seterusnya membesarkan sehingga empat anak burung setiap tahun.

Video

Berita Berkaitan