Inovasi Penerbangan China ‘Diterbangkan’ di Air Show Paris

Pertunjukan Udara Paris atau Air Show Paris yang ke-55 melabuhkan tirainya pada 22 Jun lalu selepas berlangsung selama tujuh hari di Lapangan Terbang Le Bourget dekat Paris, Perancis, yang menghimpunkan lebih daripada 2,500 syarikat dari 48 negara dan wilayah untuk mempamerkan kemajuan global terkini dalam teknologi aeroangkasa.

China menjadi antara peserta yang menonjol, diwakili oleh lebih daripada 70 pempamer merentasi keseluruhan rantai perindustrian, iaitu daripada komponen teras dan pesawat yang lengkap kepada bahan-bahan termaju dan pembuatan pintar.

Mereka berganding bahu dengan menawarkan pameran yang komprehensif tentang keupayaan teknologi China yang kian berkembang di arena aeroangkasa global.

Foto memperlihatkan reruai pameran Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) di Air Show Paris ke-55 yang diadakan di Lapangan Terbang Le Bourget dekat Paris, Perancis. (People’s Daily/Shang Kaiyuan)

Foto memperlihatkan reruai pameran Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) di Air Show Paris ke-55 yang diadakan di Lapangan Terbang Le Bourget dekat Paris, Perancis. (People’s Daily/Shang Kaiyuan)

Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC), antara pempamer tetap untuk pertunjukan itu selama 38 tahun berturut-turut, telah mengetengahkan lapan kategori produk utama dan 30 barangan terkemuka.

Untuk pameran penerbangan ketenteraan, ia telah mempamerkan seperti jet tempur, pesawat udara pengangkut, helikopter, dron dan senjata. Antara yang membuat kemunculan sulung termasuk jet tempur J-35A yang pertama kalinya dipamerkan di peringkat antarabangsa bersama-sama dengan sistem pesawat tanpa pemandu termaju termasuk Wing Loong-6, Wing Loong-10B, dan AR-2000.

Di barisan hadapan bahagian penerbangan awam, AVIC telah mengangkat portfolio bantuan kecemasan, dengan memaparkan pesawat pemadam kebakaran amfibia besar AG600, pesawat pengubahsuaian cuaca MA60, dron bantuan kecemasan Wing Loong-2H dan helikopter pelbagai guna sederhana AC352 yang dibangunkan secara bersama oleh China dan Perancis.

Produk-produk termaju tersebut dilihat menarik tumpuan daripada pemerhati antarabangsa.

“Dari reruai kecil kepada kawasan pameran yang didekasi khas untuk memaparkan keseluruhan ekosistem produk, perjalanan China di Air Show Paris mencerminkan evolusinya daripada pengikut kepada pencabar global dalam (industri) penerbangan,” ujar wakil AVIC.

Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) turut memperlihatkan kehadirannya dirasai, dengan memperlihatkan deretan penuh pesawat penumpang yang dibangunkan sendiri. Jet C909 serantau kini telah berkhidmat di 15 laluan dengan tiga syarikat penerbangan Asia Tenggara, manakala pesawat dengan satu ruang sayap iaitu C919 telah memasuki fasa penghantaran berskala besar. Dua varian baharu C919, sebuah model dataran dan sebuah versi jarak jauh telah dipertunjukkan untuk memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai.

Antara lain yang turut dipamerkan adalah pesawat penumpang C929, iaitu pesawat bersaiz lebar jarak jauh berjenis jet pertama China yang masing dalam pembangunan. Ia dijangka boleh terbang sehingga ketinggian 12,000 kilometer dan membawa 280 penumpang dalam konfigurasi tiga kelas.

Tahun ini, Persatuan Penerbangan dan Angkasawan China telah menyediakan Pavilion kebangsaan di pameran itu buat julung-julung kalinya, yang menyaksikan lebih daripada 20 syarikat mempamerkan kejayaan masing-masing.

Syarikat seperti Zhonghangshangda Superalloys dan Fushun Special Steel mempersembahkan aloi suhu tinggi termaju yang dihasilkan dengan teknologi pelogaman termaju. Manakala, Syarikat Penerbangan Komersial AVIC SAC dan Jiangxi Jinghang Aviation Forging and Casting pula mempamerkan komponen struktur berketepatan tinggi dan bahagian enjin.

Syarikat Industri Titanium Baoji memanfaatkan kekuatannya dalam penyelidikan dan pembangunan aloi titanium, serta turut mengadakan perkongsian dengan Airbus dan Boeing.

Mewakili ekonomi altitud rendah China yang berkembang pesat, United Aircraft yang berpangkalan di Shenzhen, Provinsi Guangdong di selatan China, membuat penampilan sulungnya di Paris dengan model seperti Boying T1400 dan Lanying R6000. Syarikat itu telah membangunkan portfolio luas platform teragih dengan kapasiti muatan antara 5 kilogram hingga 2 tan, yang digunakan dalam bidang pertanian, logistik dan misi bantuan kecemasan.

Wakil syarikat tersebut turut mengesahkan bahawa ia telah mencapai perjanjian kerjasama awal dengan lebih 10 pengedar di seluruh Eropah, Afrika, Amerika, Timur Tengah dan Asia Selatan.

Sektor penerbangan global berada dalam fasa pemulihan dan pertumbuhan kritikal. Ramalan Bakat Penerbangan edisi 2025 yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Kanada CAE Group mendedahkan bahawa industri penerbangan memerlukan kira-kira 1.5 juta profesional baharu untuk dekad akan yang datang berikutan terdapatnya pengembangan armada, permintaan perjalanan yang meningkat dan kadar persaraan yang tinggi.

Rantau Asia-Pasifik dijangka menyaksikan pertumbuhan terpantas, dengan memerlukan sebanyak 497,000 kakitangan baharu, termasuk 140,000 di China.

Presiden bahagian Penerbangan Awam-Komersial CAE, Michel Azar-Hmouda berkata China dijangka menyumbang hampir 20 peratus daripada penghantaran pesawat global pada masa hadapan, menurut Michel Azar-Hmouda.

“CAE teruja untuk melihat pesawat komersial buatan China berkembang ke pasaran antarabangsa, dan rangkaian latihan global CAE bersedia untuk menyokong pertumbuhan ini,” tambah beliau.

Tatkala terdapat peningkatan dalam tekanan terhadap geopolitik dan rantai bekalan global, kepentingan daya tahan dan kerjasama global dipilih untuk menjadi tema pada Air Show Paris pada kali ini.

Syarikat penerbangan China memperlihatkan komitmen masing-masing terhadap keterbukaan dan kolaborasi. Pada hari pembukaan, COMAC menandatangani memorandum persefahaman dengan pengeluar peralatan pesawat Perancis iaitu Safran dan Crane dari Amerika Syarikat untuk model C929.

Pada sebuah acara berbentuk promosi yang diadakan secara serentak di Xi’an, Provinsi Shaanxi, barat laut China, persatuan perusahaan penerbangan tempatan telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman dengan Global Aerospace Cluster Partnership China Hub untuk memperkuat kesalinghubungan rantai bekalan dan kolaborasi kluster antara China dan firma-firma antarabangsa.

China berharap, dengan adanya aktiviti seperti itu, ia dapat memperdalam perkongsian global, menyumbang kepada pembangunan rantai bekalan yang berdaya tahan, serta mempromosi kemakmuran dan pertumbuhan mampan industri penerbangan awam antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan