China Percepat Kerjasama E-Dagang Global

Platform e-dagang dan syarikat-syarikat China telah mempercepat pengembangannya di pentas global pada tahun-tahun mutakhir ini. Platform rentas sempadan seperti AliExpress, TikTok Shop dan Temu telah mendapat populariti meluas di seluruh dunia, sekali gus menarik perhatian peminat e-dagang untuk datang ke China dan belajar daripada kejayaannya.

Sebagai sebuah langkah di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), e-dagang Jalan Sutera telah menjadi saluran penting bagi kerjasama perdagangan dua hala dan pelbagai hala.

Seorang petugas di syarikat e-dagang rentas sempadan sedang memandu trak angkat-susun untuk mengalih barangan import di sebuah gudang di bandar Jinhua, Provinsi Zhejiang, di timur China pada 16 Jun 2025. (Foto oleh Yang Meiqing)

Seorang petugas di syarikat e-dagang rentas sempadan sedang memandu trak angkat-susun untuk mengalih barangan import di sebuah gudang di bandar Jinhua, Provinsi Zhejiang, di timur China pada 16 Jun 2025. (Foto oleh Yang Meiqing)

Kementerian Perdagangan (MOFCOM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa China telah berganding bahu dengan negara-negara rakan e-dagang Jalan Sutera untuk memajukan lagi pembangunan digital, serta menawarkan program latihan yang tersuai untuk melonjakkan kebolehan e-dagang buat kerajaan dan perusahaan.

Sejak ia dilancarkan pada 2020, program Syarahan Dalam Talian E-Dagang Jalan Sutera telah menganjurkan 108 sesi, dengan mencapai peserta dari lebih 80 negara. Sesi tersebut telah disesuaikan untuk wilayah seperti Eropah Timur dan Tengah, Amerika Latin, Afrika dan ASEAN. Kesemua sesi latihan fizikal dan dalam talian telah membantu untuk membangunkan bakat e-dagang dalam negara-negara terlibat.

Wang Shubin, ketua Parti Kolej Vokasional Perniagaan Antarabangsa Guangxi di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China dalam ucapannya semasa Syarahan Dalam Talian E-dagang Jalan Sutera untuk ASEAN bahawa kolej itu sedang mengetuai dalam e-dagang rentas sempadan dan pendidikan vokasional.

Beliau berkata bahawa kolej itu telah memanfaatkan e-dagang Jalan Sutera dan kedudukan Guangxi sebagai pintu masuk China ke Asia Tenggara.

Kolej tersebut juga telah mewujudkan 10 platform Hab Perniagaan Guihai luar negara menerusi perkongsian dengan universiti dan syarikat-syarikat di Thailand, Malaysia, Singapura, Kemboja, Laos dan Vietnam.

Bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan, kolej tersebut telah menyediakan latihan E-dagang Rentas Sempadan Tambahan China kepada lebih daripada 6,000 peserta. Ia juga telah memupuk bakat dalam pengoperasian penstriman langsung, pemilihan produk yang dikuasakan AI dan perkhidmatan pelanggan rentas sempadan, sekali gus membantu lebih daripada 400 perusahaan untuk berkembang dalam pasaran Jalan Sutera.

Pengunjung sedang melawat reruai TikTok Shop semasa berlangsungnya Ekspo E-dagang Rentas Sempadan Lembangan Sungai Kuning 2025. (Foto oleh Zhang Jingang)

Pengunjung sedang melawat reruai TikTok Shop semasa berlangsungnya Ekspo E-dagang Rentas Sempadan Lembangan Sungai Kuning 2025. (Foto oleh Zhang Jingang)

Potensi sebenar kesemua usaha tersebut diterjemah dalam kehidupan sebenar kisah-kisah peribadi. Eugene, ahli perniagaan Uzbekistan, merupakan salah seorang daripada contoh, yang pada awalnya telah meragui platform perdagangan digital walaupun sedar tentang kehadirannya.

Sebagai pedagang asing tradisional, dia telah skeptikal terhadap keselamatan e-dagang rentas sempadan dan turut mempersoalkan sama ada ia mampu menyokong pengoperasian perniagaan berskala besar.

Kesemua itu berubah pada April tahun lalu apabila Eugene menyertai syarikat Alibaba.com, iaitu platform e-dagang rentas dagang China yang terkemuka. Pasukannya dengan segera melancarkan penyenaraian produk pelbagai bahasa dalam bahasa Inggeris, Rusia dan Arab pada platform tersebut.

Dalam tempoh bulan yang pertama sahaja, dia menerima pesanan percubaan AS$1,200 daripada pelanggan dari Britain. Tidak lama selepas itu, satu rantai pasar raya Belgium membuat pesanan bernilai AS$9,000, yang kemudiannya disusuli dengan permintaan ulangan, dengan amaun yang berganda.

“Kami kini bersedia untuk menerima pesanan daripada pelanggan di United Kingdom, Hungary, Rusia dan negara-negara lain, dengan pesanan oleh Eropah meliputi 65 peratus daripada keseluruhan jualan,” katanya.

Cerita Eugene telah mencerminkan usaha China untuk mempromosi kerjasama e-dagang global. Jurucakap MOFCOM, He Yongqian berkata bahawa sektor e-dagang China telah memanfaatkan kekuatannya dalam inovasi, model perniagaan baru muncul dan skala pasaran untuk mempromosi kerjasama e-dagang antarabangsa secara aktif.

Seorang penstrim langsung dari sebuah syarikat e-dagang rentas sempadan di daerah Yuhua, Changsha, Provinsi Hunan di tengah China sedang mempromosi produk istimewa di sebuah platform media sosial luar negara. (Xinhua/Bai Tiantian)

Seorang penstrim langsung dari sebuah syarikat e-dagang rentas sempadan di daerah Yuhua, Changsha, Provinsi Hunan di tengah China sedang mempromosi produk istimewa di sebuah platform media sosial luar negara. (Xinhua/Bai Tiantian)

China terus mencipta satu persekitaran yang membolehkan kolaborasi e-dagang global. Kerajaan China telah memajukan lagi kerjasama e-dagang Jalan Sutera dengan mewujudkan mekanisme e-dagang antara kerajaan, menyesuaikan peraturan dan dasar, serta mempromosi kerjasama dua hala termasuk peringkat tempatan.

Demikian ujar Li Mingtao, anggota Jawatankuasa Penasihat Pakar untuk Pembangunan Bandar-bandar Demonstrasi E-dagang Kebangsaan, sambil menambah bahawa klausa E-dagang telah digabungkan ke dalam rundingan perdagangan dua hala dan pelbagai hala, secara tidak langsung mencipta suasana kawal selia yang lebih memihak buat kerjasama e-dagang dua hala.

Angka-angka telah menjadi bukti nyata. Sehingga hari ini, perkongsian e-dagang Jalan Sutera China telah berkembang kepada 35 negara.

Negara itu telah membangunkan pelbagai jenama kerjasama, mewujudkan 120 pavilion dalam talian dan fizikal, membina 65 pangkalan pemerolehan di 19 negara, selain mengadakan lebih daripada 100 sesi latihan e-dagang menerusi Syarahan Dalam Talian E-Dagang Jalan Sutera, sekali gus memajukan kerjasama e-dagang dengan lebih signifikan.

Sejak bermulanya tahun 2025, MOFCOM telah melancarkan sebuah kempen bertemakan bagaimana e-dagang boleh memberi manfaat buat dunia, dengan melibatkan 18 wilayah dan lapan platform utama di kesemua empat bidang utama iaitu komunikasi dasar, integrasi industri, pembinaan kapasiti dan perkongsian tempatan.

Kempen tersebut telah memperkenalkan 40 projek kerjasama, membolehkan negara-negara terlibat untuk memilih mana-mana yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing, dan menjadikan kolaborasi e-dagang lebih cekap dan praktikal.

Jelas He, melihat ke hadapan, China bercadang untuk mengembangkan import produk istimewa berkualiti tinggi, menyokong pendigitalan industri, memperdalam kerjasama rantai bekalan e-dagang, dan memastikan agar pelbagai aktiviti membuahkan hasil yang konkrit untuk membina pasaran e-dagang global yang memanfaatkan semua peserta.

Video

Berita Berkaitan