- Lain-lain
Artisan Xining Jadikan Warisan Budaya Sebagai Sebahagian Daripada Kehidupan Moden (6)
![]() |
Pengunjung melawat dewan warisan budaya tidak ketara di Xining, Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Ma Kexin) |
Pada setiap hujung minggu, di sebuah dewan warisan budaya tidak ketara di Xining, Provinsi Qinghai di barat laut China, para pengunjung akan berkumpul mengelilingi Wang Fubang tatkala dia memperkenalkan kemahiran salut emas serta pembuatan kraf tembaga dan perak Huangzhong, sambil memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendekati kraf itu.
Kemahiran salut emas serta pembuatan kraf tembaga dan perak Huangzhong mempunyai sejarah sehingga 300 tahun. Pada 2011, ia dimasukkan ke dalam senarai warisan kebudayaan tidak ketara peringkat kebangsaan China.
Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, Wang yang merupakan pewaris wakil peringkat daerah kraf tersebut telah mengabdikan dirinya ke dalam kerja-kerja pemeliharaan kraf, dan melatih lebih daripada 12 perintis, bagi memastikan agar kemahiran tersebut dapat diwarisi oleh generasi yang seterusnya.
“Saya membesar dengan melihat artisan di kampung saya mengusahakan logam. Ia menarik minat saya sejak awal. Tetapi, selepas menjadi perintis, saya percaya bahawa kerja-kerja itu memerlukan lebih daripada sekadar minat. Ia memerlukan kecekalan dan komitmen untuk berinovasi sambil mengekalkan tradisi,” ujarnya lagi.
Berbanding muzium tradisional yang menyaksikan barang-barang pameran di simpan di dalam almari kaca, dewan warisan budaya tidak ketara Xining telah menghidupkan semula budaya menerusi ruang interaktif dan terbuka.
Orang ramai kini serius untuk memelihara dan mewarisi warisan budaya tidak ketara. Untuk mengubah mentaliti pengunjung daripada hanya menjadi penonton kepada peserta, dewan warisan budaya tidak ketara bergantung kepada penglibatan artisan berpengalaman seperti Wang.
Tanpa berfikir panjang, Wang dengan penuh gembira menerima lamaran tersebut, yang kini menyaksikan beliau menunjukkan demonstrasi kemahiran salut emas serta pembuatan kraf tembaga dan perak Huangzhong kepada para pengunjung.
Difahamkan, dewan warisan budaya tidak ketara itu telah memulakan operasi percubaan pada 2024.
Ketika berlangsungnya satu acara interaktif, dewan tersebut menawarkan pengalaman amali untuk mendekati lebih daripada barangan warisan budaya tidak ketara. 14 pewaris warisan menonjolkan kemahiran masing-masing dan memberi panduan kepada peserta, yang menarik lebih 120 pengunjung.
Pengalaman secara fizikal membantu warisan budaya tidak ketara menjadi sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Namun, pada masa sama, teknologi digital membantu ia untuk mencapai audiens yang lebih luas. Menerusi teknologi kembar digital dan pengimbasan 3D, dewan tersebut telah menghasilkan pameran virtual, yang membolehkan pengunjung untuk menerokai koleksi dalam talian secara terus melalui telefon atau komputer masing-masing.
- Haiwan Liar Hidup Biak di Hoh Xil
- Indahnya Pemandangan Malam Tasik Longyang Ditaburi Lampu
- Ladang Biji Sesawi Lonjak Pelancongan di Menyuan
- Biri-biri ‘Jaga’ Panel Solar di Qinghai
- Mi Tarik Lanzhou Kini Jadi Industri Berkembang Maju
- Qinghai Nan Indah Permai
- Gembala Tibet Jadi Penjaga Glasier di "Bumbung Dunia"
- Ayuh, Kita Tengok Harimau Bintang Salji!
- Selimut Ais Ribuan Batu, Serlah Pesona Musim Sejuk
- Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai