China Berjaya Lancar Satelit Ujian Baharu

(CRI)Jumaat 04 Julai 2025

China berjaya melancarkan sebuah satelit ujian ke angkasa dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang, barat daya China pada Khamis.

Satelit Shiyan-28B 01 dilancarkan pada pukul 5.35 petang menggunakan roket pembawa Long March-4C dan kemudian memasuki orbit yang ditetapkan.

Satelit itu akan digunakan untuk eksplorasi persekitaran ruang angkasa dan ujian teknologi berkaitan.

Ini merupakan misi penerbangan ke-583 bagi roket pembawa siri Long March.

Video

Berita Berkaitan