- Lain-lain
Kubu Kuno di Qinghai Dihidupkan Semula dengan Seni dan Pelancongan (2)
Kubu Guomari di daerah Huangnan, provinsi Qinghai, pernah berfungsi sebagai kubu tentera pada zaman kuno dan terkenal sebagai "fosil hidup" dengan sejarah lebih 1,300 tahun. Ia salah satu kubu yang tertua dan terpelihara dengan paling baik di provinsi Qinghai.
Dibina daripada tanah loes, kubu berbentuk segi empat itu mempunyai tiga pintu. Pintu timur, iaitu pintu masuk utama, turut berfungsi sebagai jalan raya utama pada zaman kuno. Jalan-jalan di dalam kubu pula berliku-liku dan sempit, dengan lorong paling luasnya hanya kira-kira tiga meter lebar, manakala lorong paling sempit hanya boleh memuatkan satu orang.
Beberapa tahun kebelakangan ini, rumah-rumah lama di dalam kubu yang terpelihara telah dihidupkan semula. Ia dimanfaatkan sebaiknya, antaranya dengan menjadi kafe, studio fesyen, dan dewan pameran seni.
Hari ini, pelancong boleh menginap di inap desa sambil menikmati teh gaya Tibet di kafe yang penuh aura sejarah.
- Artisan Xining Jadikan Warisan Budaya Sebagai Sebahagian Daripada Kehidupan Moden
- Haiwan Liar Hidup Biak di Hoh Xil
- Indahnya Pemandangan Malam Tasik Longyang Ditaburi Lampu
- Ladang Biji Sesawi Lonjak Pelancongan di Menyuan
- Biri-biri ‘Jaga’ Panel Solar di Qinghai
- Mi Tarik Lanzhou Kini Jadi Industri Berkembang Maju
- Qinghai Nan Indah Permai
- Gembala Tibet Jadi Penjaga Glasier di "Bumbung Dunia"
- Ayuh, Kita Tengok Harimau Bintang Salji!
- Selimut Ais Ribuan Batu, Serlah Pesona Musim Sejuk