- Lain-lain
Dewan Utara Perpustakaan Shenzhen Tawar ‘Kilang’ Pengisihan Buku Pintar
![]() |
Foto memperlihatkan bahagian luar dewan utara Perpustakaan Shenzhen di Provinsi Guangdong, selatan China. (People’s Daily Online/Wang Xing) |
Dewan utara Perpustakaan Shenzhen di Provinsi Guangdong, selatan China meliputi kawasan seluas 72,000 meter persegi, dengan enam tingkat atas, dan tiga tingkat bawah. Ia direka bentuk untuk menempatkan sehingga 8 juta buku dan menawarkan 2,500 tempat duduk untuk membaca.
Sejak dibuka pada 28 Disember 2023, perpustakaan itu tidak menunggu lama untuk digelar menjadi mercu tanda kebudayaan yang popular buat penduduk tempatan atau pelawat.
Menurut Liu Zhe, timbalan pengarah Perpustakaan Shenzhen, dewan utara itu terletak di tengah-tengah geografi bandar tersebut. Buku-buku pinjaman yang dipulangkan ke perpustakaan akan diisih oleh sistem pintar dan seterusnya akan dihantar ke tempat asal untuk disusun semula.
Jauh di bahagian bawah pula terdapat tempat simpan buku pintar bawah tanah terbesar di China. Apabila terdapatnya permintaan untuk meminjam, penindan akan segera bergerak ke tong yang ditetapkan, dan menerima kotak yang telah diisi dengan buku-buku. Kemudian, seorang pekerja akan mengeluarkan buku yang diminta daripada kotak dan meletakkan ia di troli yang terdorong sendiri, yang seterusnya akan menghantar kepada meja perkhidmatan di tingkat yang berbeza.
Difahamkan, kesemua proses mengambil masa sekitar 10 minit.
Sejak pembukaannya, dewan utara telah memperlihatkan peningkatan stabil dalam trafik kehadiran pengunjung dan peminjaman buku.
“Bai memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pembaca, tingkat pertama kawasan perkhidmatan akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 11 malam,” kata Liu.
- Shenzhen Bakal Buka Lembaran Baharu Dalam Pembukaan, Inovasi
- Pelancong Asing Bawa Bagasi Kosong, Sakan Membeli-belah di Shenzhen
- Terokai Perpustakaan dengan “Lif Angkasa” di Shenzhen
- Tonggak Batu Jadi Pengecas Telefon Bimbit di Shenzhen
- Forum Bandar Sains Guangming Buka Tirai
- Dinamika Qianhai Disuntik Oleh Tenaga Muda
- SMART: Pelopori Masa Depan Bioperubatan dari Shenzhen
- Shuibei: Pusat Dagang Barang Kemas Antarabangsa
- Pemandangan Bandar Shenzhen dari Gunung Wutong
- Teroka Pasar Malam di Shenzhen