Ledakan Industri B&B di Zhejiang Saksi Pendapatan Lebih RMB10 Bilion Pada 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 08 Julai 2025

Pemandangan sebuah B&B di sebuah kampung di kaunti Songyang, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Biro Budaya, Radio, Televisyen, Pelancongan dan Sukan kaunti Songyang)

Pemandangan sebuah B&B di sebuah kampung di kaunti Songyang, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto ihsan Biro Budaya, Radio, Televisyen, Pelancongan dan Sukan kaunti Songyang)

B&B yang diperibadikan dilihat semakin menjadi tempat penginapan pilihan dalam kalangan pengembara China khususnya bagi golongan muda.

Provinsi Zhejiang di timur China, terkenal dengan pemandangan semula jadinya yang menakjubkan, kini sedang memanfaatkan aset semula jadi tempatan dan mengambil pendekatan pembangunan setempat.

Kini, Zhejiang mempunyai lebih daripada 20,000 B&B berlesen. Pada 2024, sektor tersebut telah menjana pendapatan sebanyak lebih daripada RMB10 bilion (sekitar AS$1.4 bilion).

Gunung Mogan di kaunti Deqing, bandar Huzhou di Zhejiang menempatkan lebih daripada 95 peratus B&B di seluruh China. Yan Chuanbo, 33, seorang pengurus B&B tempatan, telah mengambil keputusan pada 2020 untuk menukar kerjaya daripada jurutera awam kepada menyertai sektor ketamuan.

Untuk terus mengasah kemahirannya, Yan telah mengambil kursus di sebuah pusat latihan pengurus B&B tempatan, dan lebih daripada 17,000 peserta turut menerima latihan sejak pusat itu dibuka pada 2021.

Di samping latihan pengoperasian dan perkhidmatan, Yan berkata bahawa peserta turut dipersiapkan dengan kelas membuat kopi dan seni teh bagi memenuhi keperluang yang pelbagai dalam kalangan tetamu.

Yan telah mendapat sijil kemahiran vokasional yang diperakui seluruh China, dan merupakan salah seorang daripada 4,000 profesional B&B yang bekerja di Deqing pada hari ini.

Untuk menggalakkan lagi keprofesionalan, kaunti tersebut menawarkan subsidi buat latihan dan insentif berasaskan prestasi bagi individu yang telah diperakui. Pada 2024, 846 buah Deqing merekodkan kehadiran lebih daripada 8.9 juta pelawat, dengan jumlah hasil melangkaui RMB3 bilion.

Sesetengah kampung dikenali dengan elemen ketenangannya, kampu Shishe di pekan Fuchunjiang, kaunti Tonglu, Hangzhou pula terserlah dengan suasananya yang penuh bertenaga.

Di Shishe, sekiranya seseorang itu berjalan-jalan di sepanjang laluan di atas batuan, mereka akan dapat melihat pemandangan gunung-ganang dan aliran sungai yang jernih di satu bahagian lain, serta seni bina purba di satu bahagian yang lain.

Difahamkan, kampung itu dibanjiri oleh pelancong semasa musim percutian. Di situ, terdapatnya pelbagai jenis perniagaan termasuk kafe, studio seni, dan bar, serta menempatkan 32 B&B, dengan kebanyakan daripadanya adalah pelbagai fungsi yang kompleks.

Jin Yuqi, seorang artis dari Shanghai, menyewa sebuah rumah lama di kampung itu, dan mengubahnya menjadi sebuah galeri dan studio cat air yang mempamerkan lukisan cat air oleh penduduk kampung tempatan di bawah bimbingan Jin.

Setakat penghujung Mei 2025, Bank Simpanan Pos China cawangan Tonglu telah mengeluarkan lebih daripada RMB4.37 juta pinjaman untuk menyokong industri B&B. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kampung Shishe telah menarik lebih daripada 40 usahawan, termasuk ahli agronomi dan jurufoto, dengan lebih 20 daripadanya telah tinggal di kampung itu untuk jangka panjang.

Industri B&B turut memberi kesan limpahan kepada penduduk kampung tempatan yang menikmati manfaatnya.

Menurut Jiang Yongfei, ketua Parti kampung Shishe, lebih 50n daripada 76 isi rumah penduduk kampung kini mempunyai lesen perniagaan dan lebih daripada 90 entiti komersial yang beroperasi di kampung itu.

Pada 2024, pendapatan kolektif yang digabung oleh tiga kampung di pekan Fuchunjiang iaitu Shishe, Luci dan Maoping telah mencapai RMB5.45 juta. Untuk rekod, ketiga-tiga kampung itu mempunyai lebih daripada 300 buah B&B dan menerima 2.49 juta lawatan pelancong pada tahun yang sama.

“B&B kini bukan sekadar tempat menginap, tetapi telah menjadi enjin yang kuat dalam pembangunan semula luar bandar,” ujar Wang Zhenyu, pengerusi Persatuan Industri B&B di kanti Tonglu. Pada 2024, pengusaha B&B di Tonglu menjana RMB553 juta dari segi penjanaan hasil keseluruhan.

Video

Berita Berkaitan