Trend Percutian “Tak Menyakitkan” Ubah Landskap Pelancongan China

Foto dron tak bertarikh ini menunjukkan lif berkembar di Panwang Realm, Gunung Dayao, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (foto/Xinhua)

Foto dron tak bertarikh ini menunjukkan lif berkembar di Panwang Realm, Gunung Dayao, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (foto/Xinhua)

Bagi Chen Zhixin dan keluarganya, percutian mendaki gunung di kawasan peranginan Panwang Realm, Gunung Dayao, terasa seperti bersiar-siar dengan santai jika dibandingkan dengan pengalaman lalu.

Terletak kira-kira 1,000 meter dari paras laut, lokasi tersebut merupakan sebuah tarikan pelancong terkenal di wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.

“Tak perlu lagi mendaki denai yang curam dan berliku-liku menuju ke puncak,” kata Chen. “Ini tak menghalang kami daripada menikmati pemandangan semula jadi yang mengagumkan di setiap sudut.”

Berbeza sama sekali dengan konsep mendaki gunung sedia ada yang acapkali memaksa pendaki berpenat lelah demi pemandangan indah, kawasan peranginan Gunung Dayao, yang dibuka semula awal tahun ini selepas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, direka khusus untuk keselesaan pengunjung.

Penaiktarafan ini juga membolehkan pelawat mencuba aktiviti-aktiviti lebih mencabar seperti via ferrata, iaitu laluan pendakian yang dipasang kabel keluli serta anak tangga dan tangga besi pada permukaan batu, dan juga trampolin altitud tinggi.

Sekarang, perjalanan ke puncak gunung bermula dengan menaiki kereta kabel sejauh 1,650 meter, kemudian berjalan kaki 8,000 meter mengikuti denai rata yang membawa pendaki ke sepasang lif persiaran setinggi 100 meter untuk naik ke tempat yang mereka hampir dapat menyentuh sendiri puncak berbentuk teratai itu.

Daripada denai kembara “mudah” dilengkapi kereta kabel dan lif, hinggalah hanyut di air yang tenang dengan memakai jaket apung, kemunculan trend baharu percutian “tak menyakitkan” ini mendapat sambutan ramai kerana menawarkan kaedah bebas stres untuk berseronok. Ia bahkan telah mengubah cara pelancong meneroka dunia luar dan menjadikan lebih ramai pelancong, biar apa pun usia atau kemampuan fizikal, dapat menikmati keindahan alam semula jadi.

“Tujuan di sebalik membuat inovasi ini jauh menjangkaui niat untuk memudahkan golongan berkeperluan khas,” kata Huang Meiling, pengurus besar kawasan tersebut. “Kami berharap infrastruktur kami yang bebas halangan dapat menambah daya tarikan tempat ini dan menarik sesiapa yang mahukan percutian yang lebih selesa, dan dengan itu meningkatkan populariti dan hasil.”

Foto dron tak bertarikh ini menunjukkan pelancong hanyut di air tenang dengan memakai jaket apung di Gunung Mao’er, Guilin, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (foto/Xinhua)

Foto dron tak bertarikh ini menunjukkan pelancong hanyut di air tenang dengan memakai jaket apung di Gunung Mao’er, Guilin, wilayah autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (foto/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan