Hari Pavilion China bagi Ekspo Dunia 2025 di Osaka

(CRI)Jumaat 11 Julai 2025

Hari Pavilion China disambut meriah di Ekspo Dunia 2025 di Osaka pada Jumaat, dengan persembahan kesenian yang menarik disajikan.

Tamadun China yang bersejarah dan cemerlang ditunjukkan kepada para pengunjung melalui pementasan muzik, tarian, opera, kaligrafi, wusyu, akrobatik dan pertunjukan warisan budaya tidak ketara.

Mengulas sambutan Hari Pavilion China tersebut, jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media pada Khamis berkata, China amat mementingkan Ekspo Dunia di Osaka.

"Kami berharap pameran dan aktiviti yang menarik di pavilion China dapat membantu para pengunjung yang dari pelbagai negara mengenali dan memahami negara Tembok Besar ini dengan lebih baik," kata Mao.

Menurut statistik Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), seramai 750,000 orang telah mengunjungi pavilion China sejak Eskpo Dunia 2025 dirasmikan di Osaka pada 13 April, iaitu seramai 10,000 pengunjung sehari secara purata.

Video

Berita Berkaitan