Tindakan China terhadap Pesawat Pengintip Jepun Sah, Munasabah

(CRI)Ahad 13 Julai 2025

Jepun digesa supaya bertindak sehaluan dengan China untuk mewujudkan suasana kondusif bagi perkembangan stabil hubungan dua hala.

Pendirian itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Pertahanan Jiang Bin susulan dakwaan Jepun bahawa pesawat tentera China terbang terlalu dekat dengan pesawat Jepun.

Terdahulu, pesawat pengintip milik Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun didapati berulang kali memasuki Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Laut China Timur untuk melakukan pengawasan lebih dekat.

Sehubungan itu, Jiang berkata tindak balas yang diambil oleh pesawat tentera China adalah sah, munasabah, profesional dan memenuhi standard.

Video

Berita Berkaitan