Xi Gariskan Prinsip Baharu bagi Pembangunan Bandar Berorientasikan Rakyat (2)

(CRI)Selasa 15 Julai 2025
Xi Gariskan Prinsip Baharu bagi Pembangunan Bandar Berorientasikan Rakyat

Persidangan Kerja Bandar Pusat telah diadakan di Beijing dari 14 hingga 15 Julai.

Presiden China, Xi Jinping hadir ke persidangan tersebut dan menyampaikan ucapan penting.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam ucapannya telah merumuskan pencapaian pembangunan bandar sejak era baharu, menganalisis situasi semasa, serta menjelaskan keperluan menyeluruh, prinsip penting dan tugas utama untuk melaksanakan kerja bandar dengan baik.

Persidangan tersebut menjelaskan bahawa perlunya perubahan dalam konsep pembangunan bandar dengan lebih berorientasikan kepada rakyat, pembangunan secara intensif dan cekap, pembangunan berdasarkan keunikan, penekanan terhadap pelaburan dan penyelarasan secara menyeluruh.

Selain itu, persidangan tersebut turut menggariskan tujuh bidang utama kerja bandar dalam menyokong pembangunan mampan dan berkualiti tinggi pada masa hadapan.

Video

Berita Berkaitan