- Lain-lain
China dan EU Komited Perkukuh Kerjasama Hijau dalam Dialog Alam Sekitar dan Iklim Peringkat Tinggi
Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang telah mempengerusikan Dialog Peringkat Tinggi China-EU ke-6 mengenai Alam Sekitar dan Iklim, bersama Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya EU, Teresa Ribera di Beijing pada Isnin.
Ding yang juga merupakan Ahli Tetap Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, tanpa mengira perubahan situasi antarabangsa, China akan terus mendorong pembangunan hijau dan rendah karbon, mengambil langkah yang berkesan untuk menyertai tadbir urus alam sekitar dan iklim global.
Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh dialog dan pertukaran dengan EU, memperdalam perkongsian hijau, serta menyokong pembangunan hijau negara-negara membangun menerusi prinsip saling menguntungkan.
Sementara itu, Ribera menyatakan bahawa EU bersedia mengambil peluang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik EU-China untuk mengukuhkan kerjasama yang sedia ada dan mencari lebih banyak peluang kerjasama baharu.
EU juga komited untuk mengekalkan amalan multilateralisme, mendorong pelaksanaan Perjanjian Paris secara berkesan supaya menyampaikan isyarat positif kepada dunia tentang usaha bersama menangani cabaran alam sekitar dan iklim.
Dalam dialog tersebut, kedua-dua pihak turut menyemak pencapaian sejak dialog kelima dan bertukar pandangan mengenai kerjasama selanjutnya dalam menangani perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.
- Wang Yi Bertemu Presiden Suruhanjaya EU di Brussels
- China, EU Bersedia Kukuh Hubungan Bilateral
- Xi, Pemimpin EU Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik
- Pertemuan Pemimpin China-Perancis-EU Diadakan
- Xi Hadiri Pertemuan Tiga Penjuru China-Perancis-EU di Istana Elysee
- Mesyuarat Pemimpin China-EU ke-24 di Beijing
- Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-EU Dijadual Isnin Depan
- Eropah Diharap Melihat Hubungan dengan China secara Rasional