- Lain-lain
China Komited Bekerjasama Dengan ASEAN Untuk Galakkan Pembangunan Dan Kemakmuran
China komited bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk mencipta momentum yang kuat bagi menggalakkan pembangunan dan kemakmuran bersama.
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian pada Selasa berkata, China dan negara-negara ASEAN sentiasa mempertimbangkan aspirasi pembangunan ekonomi selain berusaha untuk menambahbaik kehidupan rakyat serta menjunjung prinsip sama rata dan saling menguntungkan dalam kerjasama dua hala.
Beliau berkata rantaian perindustrian China yang lengkap dalam sektor pembuatan bermanfaat bagi mengekalkan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global selain mengurangkan kos sosioekonomi di negara-negara ASEAN.
Manakala kerjasama dalam sektor industri pula menggalakkan kemajuan teknologi dan penaiktarafan industri setempat.
Lin menambah, China yang mempunyai pasaran bersaiz mega sedang melaksanakan strategi memperluaskan permintaan domestik dan tindakan khas untuk merangsangkan penggunaan.
Sementara itu, potensi besar permintaan domestik China akan membawa lebih banyak peluang untuk negara jiran dan seluruh dunia.
- Wang Yi Bertemu PM Malaysia
- Wang Yi Rumus Hasil Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Plus
- Acara Pelayaran di Qingdao Sempena Hari Maritim China
- Menteri Luar China Bakal Hadiri Mesyuarat Menteri Luar AMM ke-58
- Pusat Demonstrasi Pusat Kerjasama Inovasi AI China-ASEAN Siap
- Minggu Audio-Visual China-ASEAN ke-7 Buka Tirai di Bangkok
- "ASEAN EXPRESS" Dilancarkan di Duisburg, Realisasikan Laluan Dua Hala Eropah-Asia
- Bina Hab Dagang Buah ASEAN, Sasaran Tiga Bandar
- Nanning Lancar Acara Bertemakan Buah-buahan ASEAN
- Dinamika China | Keefisienan Kastam Permudah Import Buah dari ASEAN