Bina Hab Dagang Buah ASEAN, Sasaran Tiga Bandar

Buah-buahan dari ASEAN menjadi tema sebuah acara yang dilancarkan di Nanning, wilayah Guangxi pada 18 Jun.

Dalam acara itu, Nanning dan dua bandar lain iaitu Qinzhou dan Chongzuo telah mempromosikan hab perdagangan buah dari ASEAN dengan menyerlahkan kelebihan masing-masing dari segi lokasi, asas perindustrian dan dividen dasar yang berkaitan.

Datuk bandar Nanning, Hou Gang membuat promosi. Foto ihsan penganjur

Datuk bandar Nanning, Hou Gang membuat promosi. Foto ihsan penganjur

Hong Gang, datuk bandar Nanning, menyatakan bahawa bandar itu telah mengasaskan sebuah sistem pengangkutan dan logistik yang cukup memudahkan dengan negara-negara ASEAN. Pihaknya akan memacu penambahbaikan perkhidmatan penyeliaan kastam bagi pelabuhan udara dan rel, di samping melakar laluan pengangkutan sungai-laut untuk menyambungkan Terusan Pinglu dan negara ASEAN, agar buah-buahan ASEAN dapat sampai ke seluruh pelosok China menerusi Nanning untuk dinikmati penduduk merata negara.

Datuk bandar Qinzhou, Li Yucheng membuat promosi. Foto ihsan penganjur

Datuk bandar Qinzhou, Li Yucheng membuat promosi. Foto ihsan penganjur

Li Yucheng, datuk bandar Qinzhou pula memaklumkan bahawa pihaknya telah membuka sebuah talian ekspres buah-buahan dengan ASEAN dan memperkenalkan beberapa langkah pelepasan pantas kastam. Selepas Terusan Pinglu siap dibina, Qinzhou akan terus memainkan peranan penting sebagai hab kerjasama China-ASEAN, dan membolehkan lebih banyak buah-buahan ASEAN serta produk bermutu dari anggota RCEP memasuki pasaran China bahkan global melalui Guangxi.

Datuk bandar Chongzuo, Chi Wei membuat promosi. Foto ihsan penganjur

Datuk bandar Chongzuo, Chi Wei membuat promosi. Foto ihsan penganjur

Bandar Chongzuo pula sedang membina pelabuhan, memperbaiki logistik, memperluas sektor pemprosesan dan memperkukuh pasaran. Datuk bandar Chongzuo, Chi Wei memaklumkan bahawa pada masa ini, pihaknya sedang mendorong perkembangan seluruh rantaian perindustrian termasuk perdagangan dan e-dagang rentas sempadan, logistik rantaian sejuk dan pemprosesan di lokasi.

Sasaran Chongzuo adalah untuk membawa buah-buahan dari ASEAN ke ribuan rumah di China menggunakan perkhidmatan yang pintar, cekap dan berkualiti tinggi, dan menyalurkan produk premium RCEP ke segenap pasaran domestik.

Video

Berita Berkaitan