Wang Yi Bertemu PM Malaysia

(CRI)Isnin 14 Julai 2025

China menyokong Malaysia memainkan peranan lebih besar dalam urusan antarabangsa dan serantau, serta menantikan kolaborasi dengan ASEAN terus mengorak langkah baharu.

Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Jumaat.

Wang menyifatkan hubungan antara China dengan Malaysia berada pada tempoh terbaik dalam sejarah di bawah bimbingan pemimpin kedua-dua negara.

Sementara itu, Anwar berkata China merupakan sahabat dan rakan kongsi yang boleh dipercayai bagi Malaysia.

Kerjasama antara dua negara dalam pelbagai bidang membuahkan hasil memberangsangkan sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat, tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan