Dinamika China |  Keefisienan Kastam Permudah Import Buah dari ASEAN

Dinamika China |  Keefisienan Kastam Permudah Import Buah dari ASEAN
Kenderaan keluar masuk tanpa henti di Pelabuhan Youyi Guan. (People’s Daily Online/Lei Qijun)

Sekarang adalah musim kemuncak bagi pengimportan buah-buahan dari ASEAN. Sebagai salah satu pelabuhan darat terbesar di China yang mengendalikan import dan eksport buah-buahan, stesen pemeriksaan trak 12 lorong di Pelabuhan Youyi Guan telah lama bersiap sedia untuk menyambut ketibaan kenderaan dari luar sempadan.

Dari sini, buah-buahan yang diimport dari ASEAN dapat segera menyelesaikan urusan kastam dan dihantar ke ribuan meja makan di China.

“Seorang pemandu mahir hanya memerlukan tujuh hingga lapan saat untuk menyelesaikan prosedur keluar masuk,” jelas Wei Fuyi, timbalan ketua kumpulan petugas pertama Stesen Pemeriksaan Sempadan Youyi Guan.

Menurutnya lagi, stesen tersebut telah memperkenalkan sebuah model deklarasi kastam atas talian dan pemeriksaan atas permintaan, selain membuka “saluran hijau” produk segar secara tetap bagi meningkatkan kecekapan proses pelepasan kastam.

Pada Julai 2023, Pelabuhan Youyi Guan yang terletak di bandar Pingxiang, Guangxi, telah menaiktarafkan sistem pelepasan pantas pemeriksaan kenderaan keluar masuk sempadan. Inisiatif yang diambil mereka berjaya memendekkan masa pemeriksaan dan pelepasan bagi setiap kenderaan sebanyak 75% berbanding sebelum tahun 2020.

Hasil daripada pelaksanaan pelbagai rangka kerjasama termasuk RCEP serta langkah-langkah lain yang mempercekap proses pelepasan kastam, tahap liberalisasi dan pemudahan kerjasama ekonomi dan perdagangan telah meningkat ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini. Ini sekali gus menjadikan kemasukan buah-buahan ASEAN ke pasaran China lebih efisien dan mudah.

Kenderaan menunggu untuk melalui pemeriksaan kastam. (People’s Daily Online/Lei Qijun)
Kenderaan diletakkan dengan elok sambil menunggu pemeriksaan kastam. (People’s Daily Online/Lei Qijun)
Kastam Youyi Guan memeriksa buah markisah dari Vietnam. (People’s Daily Online/Lei Qijun)
Pekerja mengangkut buah naga dari Vietnam. (People’s Daily Online/Lei Qijun)
Pasar Borong Buah Haijixing Nanning sibuk dengan kegiatan jual beli buah-buahan ASEAN. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Video

Berita Berkaitan