- Lain-lain
Harap China, EU Bergandingan Singkap Lembaran Baharu Jalinan Kerjasama: MFA
Kesatuan Eropah (EU) diharap dapat bertindak sehaluan dengan China, membina konsensus, mengatasi perbezaan pendapat dan bersama-sama merencanakan kerjasama untuk tempoh lima dekad akan datang.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin, menjelang Sidang Kemuncak China-EU edisi ke-25 yang bakal berlangsung di Beijing.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dengan EU.
Guo berkata China sentiasa percaya bahawa sepanjang lima dekad lalu, hubungan China-EU telah mengumpul pengalaman dan tenaga positif mencukupi yang membolehkan kedua-dua pihak berupaya mengharungi pelbagai kesulitan dan cabaran.
"Hubungan China-EU kini berada pada saat kritikal untuk meneruskan pencapaian masa lalu dan menyingkap lembaran baharu.
"Diharap EU dapat terus berganding tangan dengan China ke arah melakar masa depan lebih gemilang untuk perkongsian strategik komprehensif yang terjalin antara kedua-dua pihak," kata beliau.
- Pertemuan Pemimpin China-EU ke-25 Bakal Diadakan di Beijing
- China dan EU Komited Perkukuh Kerjasama Hijau dalam Dialog Alam Sekitar dan Iklim Peringkat Tinggi
- Wang Yi Bertemu Presiden Suruhanjaya EU di Brussels
- China, EU Bersedia Kukuh Hubungan Bilateral
- Xi, Pemimpin EU Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik
- Pertemuan Pemimpin China-Perancis-EU Diadakan
- Xi Hadiri Pertemuan Tiga Penjuru China-Perancis-EU di Istana Elysee
- Mesyuarat Pemimpin China-EU ke-24 di Beijing
- Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-EU Dijadual Isnin Depan
- Eropah Diharap Melihat Hubungan dengan China secara Rasional