China Harap Perkukuh Hubungan Strategik Bersama EU

(CRI)Selasa 22 Julai 2025

Sidang Kemuncak Pemimpin China-EU ke-25 yang akan berlangsung merupakan peluang penting untuk merancang masa depan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin.

Katanya lagi tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Kesatuan Eropah (EU) dan ulang tahun ke-80 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerjasama antara China dengan EU membuahkan pelbagai hasil yang memberi manfaat kepada hampir 2 bilion rakyat di kedua-dua pihak.

Beliau berkata kerjasama antara China dengan EU memberikan sumbangan penting untuk keamanan dan pembangunan dunia selain menjadi teladan kerjasama menang-menang dalam era globalisasi ekonomi.

Guo berkata, pihaknya berharap dapat berjalan sehaluan dengan EU, bekerjasama merancang hala tuju 50 tahun akan datang serta berganding untuk mencipta masa depan yang lebih cerah bagi perkongsian strategik komprehensif China-EU.

Video

Berita Berkaitan