Momen Penting dalam Misi Eksplorasi Marikh Tianwen-1 (4)

(CRI)Rabu 30 Julai 2025
Momen Penting dalam Misi Eksplorasi Marikh Tianwen-1

Tianwen-1, prob penyelidikan pertama China bagi misi eksplorasi Marikh berjaya dilancarkan menggunakan roket Long March 5 Y-4 di Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang Hainan pada 23 Julai 2020.

Pelancaran prob itu menandakan langkah pertama China dalam misi meneroka planet lain secara bermandiri.

Tianwen-1 berjaya menyelesaikan misi penyelidikan terhadap ciri-ciri bentuk muka bumi, komposisi bahan galian, taburan air dan ais, struktur regolit pada permukaan planet, persekitaran atmosfera dan taburan medan elektromagnet di planet merah itu.

Prob Tianwen-2 yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang, barat daya China pada 29 Mei 2025 pula telah memulakan misi eksplorasi serta pengambilan sampel di asteroid, dan dijangka akan kembali ke Bumi pada penghujung tahun 2027.

Video

Berita Berkaitan