Tianjin Naik Taraf Pencahayaan Pemandangan Malam Sempena Sidang Kemuncak SCO

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 31 Julai 2025
Tianjin Naik Taraf Pencahayaan Pemandangan Malam Sempena Sidang Kemuncak SCO
Mercu tanda Tianjin iaitu Jambatan Jiefang dan bangunan pencakar langit menambahkan seri dan kecantikan antara satu sama lain di sepanjang Sungai Haihe di Perbandaran Tianjin, utara China. (People’s Daily Online/Cui Xinyao)

Menjelang persediaan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang dijadual berlangsung pada musim luruh ini di Tianjin, utara China, perbandaran itu telah menyerikan lagi kawasan ikoniknya iaitu Sungai Haihe dengan membuat penambahbaikan pemandangan waktu malam, menjadikan ia lebih bersinar-sinar.

Memfokuskan tarikan rupa di sepanjang ‘ibu sungai’ Tianjin itu, bandar tersebut telah menambah baik pencahayaan waktu malam untuk mencipta atmosfera bandar yang menawan sebagai tanda alu-aluan kepada tetamu antarabangsa.

Penaiktarafan pencahayaan bandar yang luas itu meliputi 216 bangunan, 13 jambatan, 8.2 kilometer tebing sungai dan tujuh jeti.

Dengan menggunakan teknologi pengawalan pintar, bandar itu telah memastikan sistem pencahayaan pemandangan malamnya boleh berubah warna dan kecerahan dengan dinamik, sekali gus memperkaya pemandangan tepi sungai dengan tenaga dan kedalaman yang lebih kuat.

Pelancong bersiar-siar di sekitar mercu tanda Jambatan Jiefang di Perbandaran Tianjin, utara China. (People’s Daily Online/Cui Xinyao)
Foto menunjukkan pemandangan waktu malam Jam Abad Tianjin, iaitu arca logam, ikonik dan besar yang terletak di tebing utara Sungai Haihe di Perbandaran Tianjin, utara China. (People’s Daily Online/Cui Xinyao)
Bot persiaran melintasi Dataran Jinwan di Perbandaran Tianjin, utara China. (People’s Daily Online/Cui Xinyao)
Pelancong menghayati pemandangan waktu malam di Sungai Haihe, Perbandaran Tianjin di utara China. (People’s Daily Online/Cui Xinyao)
Orang ramai berjalan-jalan di sepanjang Sungai Haihe di Perbandaran Tianjin, utara China. (People’s Daily Online/Cui Xinyao)
Roda Ferris ‘Tianjin Eye’ di Perbandaran Tianjin, utara China menerangi waktu malam. (People’s Daily Online/Cui Xinyao)

Video

Berita Berkaitan