China Bakal Peruntukkan Lebih Banyak Dana Pada Oktober, Sokong Program Tukar Beli

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 01 Ogos 2025

Perancang utama ekonomi China hari ini mengumumkan sebanyak RMB69 bilion (sekitar AS$9.65 bilion) lagi akan diperuntukkan dalam bentuk dana bon perbendaharaan istimewa jangka ultra panjang pada Oktober, dalam usaha menyokong program tukar beli barangan pengguna dalam negara.

Menurut Jiang Yi dari Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Kebangsaan (NDRC), peruntukkan itu adalah kumpulan keempat dan yang terakhir untuk tahun ini.

Beliau berkata, China telah mengeluarkan dana bon perbendaharaan istimewa ultra panjang kumpulan ketiga dengan jumlah yang sama.

Untuk rekod, pada tahun ini, Kementerian Kewangan bersama-sama dengan NDRC telah memperuntukkan RMB300 bilion dalam bentuk dana sedemikian, sebagai sokongan kepada program tukar beli barangan pengguna.

Zhou Chen, wakil NDRC dalam satu sidang media pada hari ini menyatakan bahawa prestasi ekonomi untuk separuh pertama tahun ini telah mempamerkan daya tahan yang kuat, dengan permintaan domestik menyumbang sebanyak 68.8 peratus kepada pertumbuhan KDNK, dan terus berfungsi sebagai peneraju untuk pengembangan.

Melihat ke hadapan, Zhou berkata bahawa NDRC akan terus mempromosi pengenalan dan pelaksanaan satu siri pendekatan untuk menstabilkan pengambilan kerja dan ekonomi.

Tambah beliau, NDRC akan memperkuat pengawasan ekonomi, ramalan dan peringatan awal, secara kerap mengadakan persediaan dan penyelidikan dasar, dan menambah baik set peralatan dasar secara berterusan untuk menstabilkan pengambilan kerja dan mengembangkan lagi permintaan domestik.

Video

Berita Berkaitan