Perkampungan Atlet Sukan Dunia Chengdu Dirasmikan

(CRI)Isnin 04 Ogos 2025

Perkampungan atlet untuk Sukan Dunia (TWG) 2025 di Chengdu dirasmikan pada Ahad.

Difahamkan, TWG kali ini tidak membina perkampungan atlet baharu, sebaliknya dengan memanfaatkan kemudahan hotel yang sedia ada.

Selain mampu menawarkan penginapan untuk lebih 5,000 orang, perkampungan atlet itu juga dilengkapi pelbagai fasiliti antaranya restoran, klinik, gim, pasar raya, pusat perkhidmatan penghantaran ekspres dan sebagainya.

TWG edisi ke-12 akan membuka tirai di Chengdu pada 7 Ogos.

Sebanyak 34 acara sukan akan dipertandingkan dalam temasya kali ini.

Video

Berita Berkaitan