- Lain-lain
Kedai Fizikal Barangan Terpakai di China Kini Semakin Popular
Pelanggan sedang memilih produk terpakai di kedai ‘Super Zhuanzhuan’ di Beijing. (People’s Daily Edisi Luar Negara/Liao Ruiling)
Dari barangan mewah kepada barang-barang kecil, dari pakaian ke peralatan permainan, produk terpakai telah menjadi pilihan popular bagi sebilangan besar pengguna China pada hari ini.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, pembeli-belah telah menyaksikan pertumbuhan angka kedai barangan terpakai yang dibuka di kawasan kejiranan, sekali gus menawarkan kepelbagaian produk yang semakin bertambah.
Li Han, seorang pelanggan di kedai fizikal ‘Super Zhuanzhuan’ yang terletak daerah Chaoyang, Beijing, telah berkongsikan pengalamannya.
“Saya sangat biasa dengan aplikasi dalam talian Zhuanzhuan, tapi tidak menyangka bahawa ia akan membuka kedai dalam bentuk fizikal. Membeli-belah di sini terasa sangat tenang, tiada staf jualan yang akan mengekori ada, dan pelanggan bebas untuk ke mana-mana,” jelasnya.
Apakah faktor yang mendorong golongan muda untuk pergi ke kedai terpakai? Wawancara mendapati bahawa elemen harga kekal menjadi faktor utama bagi ramai pengguna.
Zhou Lingxi, warga Shanghai yang menyifatkan dirinya sebagai ‘peminat beg’, telah membeli beg tangan mewah dari kedai terpakai utama di bandar itu.
“Shanghai mempunyai banyak kedai terpakai. Dengan membuat sedikit carian, anda boleh menemukan beg berjenama terkenal yang dijaga baik dengan harga yang berpatutan. Meskipun ia merupakan produk terpakai, ia masih kelihatan baru apabila dijaga dengan baik,” kata Zhou Lingxi.
Tambahnya, berbanding dengan beg baharu di kedai berjenama, produk terpakai adalah lebih murah, dan kadang-kala seseorang individu boleh mendapatkan dua bag terpakai dengan harga satu beg baharu.
Sesetengah pengguna tertarik dengan tarikan unik yang terdapat pada barangan terpakai.
Seorang lagi pengguna Zhou Zhou menyatakan bahawa berbanding dengan senario runcit tradisional, banyak barangan terpakai adalah produk yang dihentikan daripada dijual yang mana penjual telah memperoleh sumber khas.
“Kedai terpakai fizikal menawarkan barangan vintaj yang jarang dan sukar ditemui di tempat lain, dengan jenama yang lebih pelbagai dan gaya yang unik," katanya sambil menyifatkan ia sejajar dengan usaha golongan muda untuk penggunaan peribadi.
Kesedaran alam sekitar juga mempengaruhi keputusan pembelian pengguna muda. Sesetengah pembeli terpakai berkata pembelian barangan terpakai bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga menghalang pembaziran sumber.
“Membeli produk terpakai ialah gaya hidup mesra alam, iaitu menggunakan barangan terpakai untuk menjalani 'kehidupan hijau',” kata pengguna Wang Ling, yang percaya bahawa pembelian barangan terpakai memanjangkan jangka hayat mereka dan menghalangnya daripada dibuang terlalu cepat.
Mengenai saluran jualan untuk barangan terpakai, banyak peniaga sebelum ini beroperasi dalam talian, dengan aplikasi seperti Xianyu dan Zhuanzhuan berfungsi sebagai platform utama bagi pengguna yang mencari barangan terpakai.
Kini, ‘Super Zhuanzhuan’ telah berkembang secara fizikal, manakala Xianyu telah membuka berbilang kedai fizikal di bandar termasuk Hangzhou, Shanghai dan Nanjing. Ia sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah lebih dapat dirasai bagi pengguna.
“Di kedai fizikal, saya boleh memeriksa secara langsung keadaan beg dan merasakan teksturnya, kemudian mengimbas kod untuk menyemak harga. Beberapa kedai terpakai fizikal pula mempunyai program mini dalam talian yang diselarikan, seterusnya memastikan maklumat produk yang konsisten merentas platform. Pengalaman ini mengurangkan risiko secara berkesan apabila membeli barangan mahal,” kata Zhou Lingxi.
Pakar industri menyatakan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar penggunaan hijau, dengan inisiatif seperti program ‘tukar beli’ menjadikan ekonomi kitaran yang diterima secara meluas.
Foto menunjukkan produk terpakai di sebuah kedai di daerah Chaoyang, Beijing. (Foto oleh Fu Ziaoqing)
Minat pengguna terhadap keunikan produk dan sokongan untuk penggunaan hijau telah mendorong ramai pihak untuk mengenali potensi pertumbuhan pasaran.
Sementara itu, beberapa platform e-dagang terpakai telah memupuk tabiat pengguna secara berkesan terhadap transaksi terpakai yang dibangunkan sejak bertahun-tahun. Peluasan terhadap kedai fizikal boleh memudahkan lagi jualan dan menarik lebih ramai pelanggan.
Menurut laporan 2024 mengenai pasaran e-dagang terpakai China, volum transaksi e-dagang terpakai negara itu mencecah RMB645.02 bilion (kira-kira AS$89.86 bilion) tahun lepas, iaitu peningkatan 17.56 peratus tahun ke tahun, manakala pangkalan pengguna mencapai 660 juta orang, meningkat 13.79 peratus berbanding tahun terdahulu.
Apabila ekonomi kitaran berkembang, peruncitan terpakai secara beransur-ansur membentuk ekosistem perniagaan baharu yang komprehensif merangkumi daripada platform dalam talian hinggalah ke kedai berbentuk fizikal.
Wang Wei, seorang penyelidik di Institut Penyelidikan Ekonomi Pasaran di Pusat Penyelidikan Pembangunan Majlis Negara, percaya bahawa apabila permintaan pengguna China untuk barangan berkualiti tinggi terus meningkat, produk tahan lama dan premium memasuki kitaran dagangan terpakai, dan penggunaan berulang kali turut meningkatkan nilai utilitinya, sekali gus memudahkan pembangunan ekonomi kitaran.
Menurut Wang, untuk terus mempromosikan pasaran terpakai, peraturan perlu diwujudkan terhadap pelbagai peraturan peredaran produk, piawaian dagangan dan kaedah pemeriksaan pensijilan, sambil turut menambah bahawa penyeliaan dan tadbir urus perlu diperkukuh untuk terus meningkatkan tahap profesional transaksi terpakai, sama ada untuk platform e-dagang dalam talian atau kedai fizikal.
- Sesi Jawatankuasa Pusat PKC Rangka Hala Tuju Ekonomi China bagi Separuh Kedua 2025
- Xi Pengerusikan Simposium Kumpul Cadangan Berkaitan Kerja Ekonomi
- Sorotan Laporan Separuh Tahun Ekonomi China 2025
- Nilai Tambah Perusahaan Perindustrian Berskala Besar China Naik 6.4 Peratus
- Pinjaman dan Deposit RMB Catat Pertumbuhan Kukuh pada Separuh Pertama 2025
- Pertumbuhan Ekonomi China Dijangka Catat RMB35 Trilion dalam FYP-14
- PM Li: Ekonomi China Mampu Bertahan Daripada Sebarang Kejutan Luar
- BJCTCE Terima 103 Ribu Pengunjung, Pacu Industri Kebudayaan dan Pelancongan
- Labubu Laris di Seluruh Dunia
- Output Industri Maritim China Cecah RMB10 Trilion pada 2024