Nilai Tambah Perusahaan Perindustrian Berskala Besar China Naik 6.4 Peratus

(CRI)Selasa 15 Julai 2025

Nilai tambah perusahaan perindustrian berskala besar China bagi separuh pertama tahun ini menyaksikan peningkatan 6.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Naib Ketua Pengarah Biro Statistik Negara (NBS), Sheng Laiyun dalam sidang media hari ini.

Ujarnya, industri pembuatan mencatat pertumbuhan sebanyak 7.0 peratus manakala nilai tambah industri pembuatan peralatan melonjak 10.2 peratus.

Dalam pada itu, industri pembuatan teknologi tinggi turut menyaksikan prestasi cemerlang dengan peningkatan 9.5 peratus.

Video

Berita Berkaitan