- Lain-lain
Pinjaman dan Deposit RMB Catat Pertumbuhan Kukuh pada Separuh Pertama 2025
Pinjaman dalam mata wang Renminbi (RMB) meningkat RMB12.92 trilion (RM7.67 trilion) pada separuh pertama tahun ini, dengan pinjaman oleh perusahaan menyumbang RMB11.57 trilion (RM6.86 trilion) daripada jumlah tersebut, menurut statistik kewangan yang dikeluarkan Bank Rakyat China pada Isnin.
Selain itu, jumlah deposit RMB turut meningkat sebanyak RMB17.94 trilion (RM10.64 trilion), dengan deposit isi rumah mencatat pertambahan sebanyak RMB10.77 trilion (RM6.35 trilion).
Data pembiayaan sosial yang diumumkan pada hari yang sama menunjukkan peningkatan skala pembiayaan sosial menokok RMB22.83 trilion (RM13.55 trilion) separuh pertama tahun ini, naik RMB4.74 trilion (RM2.81 trilion) berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Manakala, stok pembiayaan sosial meningkat 8.9 peratus kepada RMB430.22 trilion (RM255.26 trilion) setakat akhir bulan Jun.
- Pertumbuhan Ekonomi China Dijangka Catat RMB35 Trilion dalam FYP-14
- PM Li: Ekonomi China Mampu Bertahan Daripada Sebarang Kejutan Luar
- BJCTCE Terima 103 Ribu Pengunjung, Pacu Industri Kebudayaan dan Pelancongan
- Labubu Laris di Seluruh Dunia
- Output Industri Maritim China Cecah RMB10 Trilion pada 2024
- Festival Beli-belah 618 Lebarkan Sayap ke Global, Tawar Penghantaran Percuma
- China Sepadukan Peranan Zon Pembangunan Teknologi dan Ekonomi, Mahu Tarik Pelaburan Asing
- China Bawa Kepastian, Kestabilan Lebih Besar Kepada Ekonomi Global
- Petunjuk Utama Tekankan Daya Tahan Ekonomi China
- Ekonomi China Mengekalkan Momentum Pemulihan Kuat pada S1 2025