Pertumbuhan Ekonomi China Dijangka Catat RMB35 Trilion dalam FYP-14

(CRI)Rabu 09 Julai 2025

Pertumbuhan ekonomi China bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-14 (FYP-14) iaitu dari 2021 hingga 2025 dijangka akan mencatatkan RMB35 trilion (RM20.73 trilion), menurut maklumat sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara, pada Rabu.

Menurut pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, angka tersebut hampir sama dengan jumlah pengeluaran tiga provinsi besar iaitu Guangdong, Jiangsu dan Shandong pada tahun 2024.

Angka itu juga lebih banyak berbanding jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar negara yang menduduki tangga ketiga dalam ranking dunia.

Dimaklumkan lagi, China mengekalkan 30 peratus sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi sejagat, sekali gus menyaksikan kadar pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus secara purata pada tahun 2021 hingga 2024.

Video

Berita Berkaitan