Perdagangan Perkhidmatan China Catat Pertumbuhan Stabil Separuh Tahun Pertama

(CRI)Selasa 05 Ogos 2025

Kementerian Perdagangan China memaklumkan bahawa jumlah import dan eksport perkhidmatan negara ini mencecah RMB3.89 trilion (RM2.29 trilion) pada separuh pertama 2025, meningkat lapan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, jumlah eksport perkhidmatan mencatat RMB1.69 trilion (RM996 bilion) menyaksikan peningkatan 15 peratus, manakala jumlah import mencatat RMB2.2 trilion (RM1.3 trilion) iaitu peningkatan sebanyak 3.2 peratus.

Import eksport perkhidmatan pelancongan mencatat pertumbuhan terpantas, dengan jumlah keseluruhan melebihi RMB1.08 trilion (RM636 bilion), iaitu peningkatan sebanyak 12.3 peratus.

Video

Berita Berkaitan