Membina Solidariti Global Bagi Memajukan AI untuk Kebaikan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 07 Ogos 2025

Seorang wanita sedang berinteraksi dengan robot humanoid di Persidangan AI Dunia (WAIC) 2025 di Shanghai, pada 26 Julai. (Foto oleh Long Wei)

Seorang wanita sedang berinteraksi dengan robot humanoid di Persidangan AI Dunia (WAIC) 2025 di Shanghai, pada 26 Julai. (Foto oleh Long Wei)

Persidangan AI Dunia (WAIC) 2025 dan Mesyuarat Peringkat Tinggi untuk Tadbir Urus AI Global telah diadakan dari 26 hingga 28 Julai di Shanghai, iaitu satu langkah besar dalam usaha memajukan Inisiatif Tadbir Urus AI Global yang dicadangkan oleh Presiden China, Xi Jinping.

Acara tersebut adalah usaha untuk menghimpunkan inovasi dan kebijakan global untuk mengemudi pembangunan AI ke arah kebaikan bersama.

Di bawah tema ‘Solidariti Global dalam Era AI’, WAIC 2025 menumpukan terhadap 10 bidang utama, termasuk pemodenan industri didorong AI dan pembangunan AI saintifik. Persidangan tersebut berfungsi sebagai platform global untuk mempamerkan teknologi termaju, trend industri baharu muncul, dan pendekatan berpandangan ke hadapan terhadap tadbir urus AI.

Salah satu tarikan pada acara itu adalah pelancaran pelan tindakan untuk tadbir urus AI global, yang mengajak semua pihak untuk mengambil langkah terselaras dalam 13 bidang seperti memperkuat industri-industri dengan AI, mempercepat pembinaan infrastruktur digital, memupuk ekosistem inovasi terbuka dan pelbagai, serta memperkuat kerjasama antarabangsa dalam pembinaan kapasiti AI.

Pelan tersebut mencerminkan konsensus antarabangsa yang semakin meningkat terhadap mempromosi pembangunan AI global dan tadbir urus menerusi usaha bersama.

Penerima Anugerah Turing, Yoshua Bengio dalam pemerhatiannya mendapati bahawa produk AI perlu dianggap sebagai produk awam global. Cabaran khusus pada masa kini adalah usaha mentransformasi penemuan baharu dalam algoritma ke dalam bentuk manfaat yang nyata, yang boleh diakses dan dikongsi secara meluas.

Untuk mencapai tujuan itu, ia memerlukan komitmen teguh terhadap keterangkuman dan keterbukaan, sekali gus memastikan lebih banyak negara dan komuniti dapat mengakses serta memanfaatkan teknologi AI. Hanya melalui pendekatan ini sahaja, potensi AI boleh direalisasikan sepenuhnya untuk mendorong pembangunan sosial dan ekonomi global, selain untuk mengatasi cabaran yang dikongsi bersama.

Foto bertarikh 26 Julai ini menunjukkan reruai pameran Amazon Web Services di Persidangan AI Dunia (WAIC) 2025 di Shanghai. (Foto oleh Long Wei)

Foto bertarikh 26 Julai ini menunjukkan reruai pameran Amazon Web Services di Persidangan AI Dunia (WAIC) 2025 di Shanghai. (Foto oleh Long Wei)

Semasa di persidangan itu juga, Pentadbiran Meterologi China secara rasminya melancarkan ‘MAZU’, iaitu solusi amaran awal kebangsaan, selain turut menderma kepada Djibouti dan Mongolia ‘MAZU-Bandar’— sistem amaran awal yang dikuasakan AI untuk pencegahan bencana pelbagai bahaya.

Antara inovasi lain yang dipaparkan adalah termasuk solusi akuakultur pintar yang memperbaik produktiviti dan pekerjaan, platform yang dikuasakan AI yang menambah baik keselamatan kereta api, dan model besar sumber terbuka yang direka untuk memajukan keterangkuman teknologi AI, teknologi AI China yang menyumbang kepada pembangunan mampan di Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Eropah yang menarik tumpuan ramai.

Seiring dengan usaha China mempromosi inisiatif ‘AI+’, pembangunan solusi teknologi dan pengalamannya juga semakin memberi manfaat buat dunia, seterusnya menyuntik dorongan segar buat usaha global dalam memanfaatkan AI untuk kebaikan.

Kemajuan teknologi AI di serata dunia yang mampan bergantung kepada persekitaran yang terbuka dan terangkum untuk inovasi dan kerjasama. WAIC 2025 memperkenalkan lebih 3,000 inovasi AI, termasuk lebih 100 debut China dan global, mempamerkan visi dinamik buat kerjasama AI global. Selain itu, sebanyak 240 projek telah bersaing untuk Anugerah Peneraju AI Super, dengan penyertaan antarabangsa meliputi 17 peratus. Acara itu menjadi platform untuk dialog dan kolaborasi tentang aplikasi dan penemuan baharu.

Pertandingan tinju robot humanoid diadakan semasa Persidangan AI Dunia (WAIC) 2025 di Shanghai pada 27 Julai. (Foto oleh Chen Yuyu)

Pertandingan tinju robot humanoid diadakan semasa Persidangan AI Dunia (WAIC) 2025 di Shanghai pada 27 Julai. (Foto oleh Chen Yuyu)

Persidangan itu turut menjadi saksi kepada pelancaran Inisiatif Kerjasama AI Sumber Terbuka Antarabangsa dan juga penumbuhan Pusat untuk Tadbir Urus Inovasi AI Global, yang kedua-duanya menyasarkan untuk memanfaatkan inovasi sumber terbuka bagi memperkuat ekosistem AI global.

Teknologi AI mampu untuk berevolusi secara lebih pesat dan memberikan lebih banyak solusi cekap yang boleh memanfaatkan semua manusia sekiranya arus inovasi dapat mengalir bebas dan disepadukan dengan mendalam di serata bidang.

Tatkala AI membawa peluang yang tidak pernah muncul sebelum ini, ia juga membawa risiko yang kompleks dan baharu. Mengimbangi pembangunan dan keselamatan memerlukan satu konsensus lebih luas dan solusi yang lebih praktikal. Pada persidangan itu, China mencadangkan terhadap pewujudan organisasi kerjasama AI global, dan satu inisiatif yang berkait dengan aspirasi Selatan Global, dan berusaha untuk menjadi penghubung kepada kepintaran dan digital.

China juga secara konsisten bekerja untuk memperkukuh tadbir urus AI global. Ia turut mempermudah konsensus di Perhimpunan Agung PBB terhadap resolusi untuk menambah baik kerjasama antarabangsa dalam pembinaan kapasiti AI, penganjur bersama Kumpulan Rakan untuk Kerjasama Antarabangsa bagi Pembinaan Kapasiti AI, dan menjadi rakan kongsi dengan PBB untuk menganjurkan bengkel latihan AI.

China turut aktif untuk memenuhi komitmennya di bawah Pakatan PBB untuk Masa Depan dan Kompak Digital Global, secara tidak langsung menyumbang idea dan tindakan konkrit kepada penambahbaikan sistem tadbir urus AI global.

Dengan menyelaraskan pembangunan dan keselamatan serta memperdalam penjajaran dengan negara-negara lain, China akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk mempercepat penubuhan sebuah rangka kerja global yang diterima sejagat, dan menetapkan undang-undang untuk tadbir urus AI global.

Dalam era pintar ini, dunia hanya boleh memanfaatkan peluang dan menghadapi cabaran secara berkesan dengan adanya kerjasama dan solidariti global. China terus komited terhadap pendekatan berorientasikan manusia, mempromosi AI untuk kebaikan, kesaksamaan dan keterangkuman, serta memupuk tadbir urus yang dilakukan secara usaha sama.

Video

Berita Berkaitan