Sukan Dunia Ke-12 Dirasmikan di China

(CRI)Jumaat 08 Ogos 2025

Sukan Dunia (TWG) ke-12 membuka tirainya di sini pada Khamis malam.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Kirsty Coventry mengucapkan tahniah kepada perasmian TWG melalui video.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur China. Mereka menunjukkan profesionalisme, keramahan, dan kecekapan tinggi kepada seluruh dunia, di samping melakukan persiapan sempurna untuk temasya sukan kali ini,“ katanya.

TWG ke-12 akan berlangsung di bandar ibu kota provinsi Sichuan, China dari 7 hingga 17 Ogos, menyaksikan penyertaan lebih 4,000 atlet dari lebih 100 buah negara dan wilayah.

Menurut pihak penganjur, sebanyak 34 acara utama akan dipertandingkan. Antaranya, acara sukan tradisional China seperti perlumbaan perahu naga dan Wusyu amat menarik tumpuan ramai. 

Selain itu, sukan moden seperti dron, “frisbee” dan parkur ditetapkan sebagai acara pertandingan TWG untuk julung-julung kalinya.

Video

Berita Berkaitan