- Lain-lain
China Lancarkan Kempen Dalam Talian, Pamerkan Tarikan Budaya, Pembangunan Berkualiti Tinggi Tianjin
Satu kempen secara dalam talian dilancarkan pada 9 Ogos 2025 di perbandaran Tianjin, utara China, untuk mempamerkan tarikan keunikan budaya, kemajuan yang menakjubkan, serta keterbukaan dan keterangkuman bandar itu menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang akan datang.
Antara figura yang turut hadir pada acara pelancaran itu adalah Niu Yibing, timbalan pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Ruang Angkasa Pusat (CCAC) dan Pentadbiran Ruang Angkasa; Xu Lijing, timbalan ketua pengarang People’s Daily; Shen Lei, anggota Jawatan Kuasa Tetap Parti Komunis China (PKC) Perbandaran Tianjin merangkap ketua Jabatan Publisiti Jawatan Kuasa PKC Tianjin; dan Jin Ruiguo, ketua pengarah Jabatan Pengawalan dan Dasar di Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan (NCHA).
Tambahan lagi, lebih daripada 300 peserta telah hadir termasuk wakil daripada CCAC, NCHA, People’s Daily dan jabatan-jabatan kerajaan perbandaran Tianjin yang berkaitan, wartawan dari pelbagai agensi media, serta pakar, artis dan pempengaruh internet.
Satu siri persembahan turut dipentaskan bagi mempamerkan budaya unik Tianjin, pembangunan moden dan kisah pembangunan berkualiti tinggi.
Pada acara itu, agensi media pusat, wakil-wakil industri dan para peserta telah bersama-sama mengumumkan projek publisiti dalam talian. Pelajar antarabangsa dari negara SCO yang belajar di China serta warga asing yang menetap di Tianjin telah berkongsikan tentang hubungan masing-masing dengan bandar itu, selain menzahirkan harapan terhadap Sidang Kemuncak SCO 2025 kelak.
Dari 7 hingga 9 Ogos, hampir 100 profesional media dan pengaruh dalam talian daripada lebih 20 saluran media di seluruh negara berkumpul di Tianjin.
Difahamkan, mereka dijadualkan untuk melawat tapak-tapak seperti termasuk Jalan Budaya Kuno Tianjin, Muzium Budaya Rakyat Purba Yangliuqing, Muzium Tianjin, Taman Inovasi Sains dan Teknologi Pendidikan Tinggi Tiankai, bekas kediaman selebriti dan Pelabuhan Tianjin, sekali gus dapat memperoleh pengalaman mendalam tentang keterbukaan dan keterangkuman budaya gaya Tianjin.
Melalui perspektif dengan mata kepala sendiri, mereka bersedia untuk berkongsikan kisah pembangunan Tianjin yang berkualiti tinggi, mempamerkan daya tarikan budaya yang unik dan kemajuan yang luar biasa dalam pelbagai bidang.
- Tianjin Naik Taraf Pencahayaan Pemandangan Malam Sempena Sidang Kemuncak SCO
- Mulakan Hari di Tianjin dengan Sarapan Enak
- Terokai ‘Pelabuhan Pelangi’ di Tianjin
- Kedai Salon Vintaj di Tianjin Kini Jadi Trend Wanita Muda, Pelancong Asing
- Davos Musim Panas 2025 Saksi Kemampanan, AI Capai Kolaborasi Global
- Persediaan Forum Davos Musim Panas 2024 di Tianjin Dimuktamadkan
- Mesin Korek Terowong Gergasi Seberangi Sungai Haihe
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- 220 Kereta Api Antara Mod Rel-laut Direkod Bawa Mineral Bukan Ferus di Tianjin
- Sidang Kemuncak di Astana Agenda Terpenting SCO 2024