- Lain-lain
Waktu Malam Penuh Segar di Zhejiang: Cicheng Bersinar Dek Budaya, Daya Tarikan
![]() |
Foto memperlihatkan pemandangan sudut udara pekan Cicheng di daerah Jiangbei, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang di timur China. (People’s Daily Online/Zhang Yongtao) |
Pada waktu malam musim panas baru-baru ini, lampu nan cerah menerangi pekan Cicheng di daerah Jiangbei, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang di timur China dengan penuh mempesonakan, apabila warisan budaya berusia ribuan tahun dihidupkan semula dengan tarikan moden.
Satu acara, iaitu ‘Malam Tengah Musim Panas di Tasik Cihu’ telah dilancarkan pada musim panas ini, dan terus menjadi popular, sekali gus menarik kehadiran ramai penduduk dan pelancong untuk berjalan-jalan di sekitar pesta itu, serta mengambil bahagian dalam sukan sungai.
Mutakhir ini, pekan itu telah berjaya mencipta kad nama panggilan baharu iaitu ‘A Smash Hit at Night’. Ia merupakan hasil daripada kombinasi rekreasi, budaya dan sukan, serta pelancongan.
Pada malam yang sibuk, ia menerima hampir 40,000 pelancong, menjadikan ia mercu tanda musim panas yang baharu untuk penggunaan pelancongan dan budaya waktu malam di Ningo.
- Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
- Peneraju Dwibahasa Jelajah Hengdian, Selami Pesona Dinasti Song
- Hab Ban Kukus di Zhejiang Pertingkat Eksport Dengan Dorongan Digital, Kawal Selia
- Buluh, Potensinya Tak Terhingga
- Musim Tuai Teh Bermula di Kawasan Tasik Qiandao
- Kampung Houwu Anjur Pesta Rakyat, Rai Kedatangan Tahun Baru
- Zhejiang Maju Ke Hadapan Dengan Pertanian Pintar
- Festival Teater Wuzhen ke-11 Buka Tirai Dengan Meriah
- Komoditi Dari Yiwu Capai Pasaran Besar Menjelang Sukan Olimpik Paris
- Tulis Bab Pembangunan Baharu Kawasan Etnik Minoriti - Kata Xi