Gema Gendang Tangan Hidupkan Malam Kuqa Purba

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 14 Ogos 2025
Gema Gendang Tangan Hidupkan Malam Kuqa Purba
Pelancong bergambar di lorong di Kota Kuqa Purba. (People’s Daily Online/Li Xinyang)

Pada waktu petang, pintu kayu berwarna-warni di Jalan Resitan, Kuqa, Wilayah Xinjiang, memancarkan cahaya hangat. Bunyi gendang tangan dan muzik dutar bergema dari lorong, dan ia bergandingan pula dengan aroma roti naan bakar serta alunan melodi muqam. Kemeriahan suasana dapat dirasai dengan kehadiran pelancong dari pelbagai tempat.

Sebagai pewaris hidup “Budaya Kucha” di Jalan Sutera, Kota Kuqa Purba melaksanakan projek “Warisan Budaya Tidak Ketara Masuk Lorong”, bagi menghidupkan semula bandar lama dan menjadikannya sebagai muzium terbuka mempamerkan kepelbagaian budaya. Inisiatif ini menarik pengunjung untuk merasai budaya Kucha dan kehidupan seharian di kota purba itu.

Dari Januari hingga Julai tahun ini, Kuqa menerima lebih 7 juta kunjungan pelancong domestik, meningkat 47.97 peratus berbanding tahun lalu. Hasil pelancongan domestik mencecah RMB3.846 bilion (RM2.25 bilion), naik 50.63 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pelancong menari bersama penduduk tempatan di Kota Kuqa Purba. (People’s Daily Online/Wang Yuran)
Suasana lorong Kota Kuqa Purba meriah dengan kehadiran pelancong. (People’s Daily Online/Tang Song)
Pelancong menari bersama penduduk tempatan di Kota Kuqa Purba. (People’s Daily Online/Tang Song)
Pewaris warisan budaya tidak ketara tempatan mempersembahkan tarian tradisional di Kota Kuqa Purba. (People’s Daily Online/Tang Song)
Persembahan di Jalan Resitan menarik ramai pengunjung. (People’s Daily Online/Li Xinyang)
Pelancong merasai pesona “Budaya Kucha”. (People’s Daily Online/Tang Song)
Pelancong merasai pesona “Budaya Kucha”. (People’s Daily Online/Li Xinyang)
Pelancong bergambar di lorong di Kota Kuqa Purba. (People’s Daily Online/Li Xinyang)

Video

Berita Berkaitan