Raptai Kali Kedua Majlis Memperingati Ulang Tahun Ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia Diadakan

(CRI)Ahad 17 Ogos 2025

Raptai komprehensif kali kedua majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia telah diadakan di Dataran Tian'anmen, Beijing dari pukul 5.30 petang Sabtu hingga pukul 3.30 awal pagi Ahad.

Kira-kira 40,000 individu mengambil bahagian dalam raptai tersebut dan kerja-kerja jaminan berkaitan, menurut pusat media majlis berkenaan.

Dimaklumkan lagi, berdasarkan raptai kali pertama, raptai kali kedua merangkumi lebih banyak elemen dan segmen, dan mencapai sasaran yang dijangkakan.

Majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, yang termasuk perbarisan tentera, akan diadakan di Dataran Tian'anmen, Beijing pada 3 September nanti.

Video

Berita Berkaitan