Trump, Putin Sokong Rundingan Langsung Rusia-Ukraine

(CRI)Selasa 19 Ogos 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menghubungi rakan sejawatan dari Rusia Vladimir Putin menerusi panggilan telefon bagi memaklumkan mengenai hasil perbincangannya dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky serta pemimpin Kesatuan Eropah (EU).

Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh pembantu Presiden Rusia, Yury Ushakov pada Selasa.

Menurut Ushakov, kedua-dua pemimpin senada dalam menyokong rundingan langsung antara Rusia dengan Ukraine.

Selain itu, pentadbiran Washington dan Kremlin juga bersetuju untuk mengekalkan komunikasi rapat berhubung isu Ukraine serta isu-isu panas yang lain.

Trump dan Putin dilaporkan mengadakan perbualan telefon kira-kira 40 minit pada Isnin.

Video

Berita Berkaitan