Terminal Kontena Automatik di Guangxi Mantapkan Dagangan China-ASEAN
 |
Foto dron Terminal Kontena Automatik Qinzhou di pesisir Teluk Beibu, wilayah Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou) |
Terminal Kontena Automatik Qinzhou di pesisir Teluk Beibu, wilayah Guangxi, selatan China, semakin mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk perdagangan antara China dan ASEAN. Dengan teknologi automasi canggih, terminal ini mempercepat aliran barangan dari wilayah pedalaman China ke pasaran serantau dan global, begitu juga sebaliknya.
Di pelabuhan, Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) bergerak ulang-alik mengangkut kontena dengan ketepatan tinggi. Pada masa sama, di bilik kawalan sejauh satu kilometer, pengendali mengurus beberapa kren gantri berlandasan rel secara serentak. Proses pemuatan dan pemunggahan kontena seberat puluhan tan kini dapat dijalankan dengan lebih pantas dan efisien.
Sebagai terminal kontena automatik pertama di China yang menyokong pengangkutan antara mod darat-laut, Qinzhou dilengkapi sistem pemuatan automatik dan pengangkutan mendatar yang pintar serta jimat tenaga. Teknologi seperti kecerdasan buatan, data raya, pengkomputeran awan dan kawalan automatik turut diintegrasikan untuk mengautomasikan sepenuhnya operasi kontena, termasuk melalui sistem terminal pintar, kawalan peralatan automatik dan pintu pintar.
Kecekapan terminal ini terbukti apabila masa pemindahan kontena antara mod dapat dikurangkan daripada tiga jam kepada hanya satu jam setengah sahaja. Menurut pihak pengurusan, operasi kini disepadukan dalam lima bidang utama iaitu sistem maklumat, zon operasi, penyeliaan kastam, penjadualan pengeluaran dan pemasaran perniagaan.
Dengan sokongan sistem automatik, kakitangan boleh mengurus pemindahan barangan seberat puluhan ribu tan dari jarak jauh, tanpa perlu berada di lapangan. Kontena dari Sichuan, Chongqing dan wilayah pedalaman lain di China kini dapat dipindahkan dengan lebih lancar, sekali gus mewujudkan ketersambungan “terus dari kereta api ke kapal” dan “dari kapal ke kereta api,” sebelum dihantar ke destinasi di seluruh dunia.
 |
Terminal Kontena Automatik Qinzhou di pesisir Teluk Beibu memperlihatkan suasana yang sibuk. (People’s Daily Online/Fu Huazhou) |
 |
Terminal Kontena Automatik Qinzhou di pesisir Teluk Beibu memperlihatkan suasana yang sibuk. (People’s Daily Online/Fu Huazhou) |
 |
Foto memperlihatkan operasi pemuatan dan pemunggahan kontena secara automatik di Terminal Kontena Automatik Qinzhou. (People’s Daily Online/Fu Huazhou) |
 |
Foto memperlihatkan deretan kontena yang tersusun rapi di Terminal Kontena Automatik Qinzhou. (People’s Daily Online/Fu Huazhou) |
 |
Terminal Kontena Automatik Qinzhou di pesisir Teluk Beibu memperlihatkan suasana yang sibuk. (People’s Daily Online/Fu Huazhou) |
 |
Sebuah kapal kargo yang baru berlabuh sedang menunggu untuk dipunggah. (People’s Daily Online/Fu Huazhou) |