- Lain-lain
PM Pakistan Terima Kunjungan Wang Yi di Islamabad
![]() |
Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif menerima kunjungan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi di Islamabad pada Khamis.
Pada pertemuan itu, Shehbaz menyatakan harapan pihaknya untuk mendorong pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) versi 2.0 sambil memperkasa kerjasama bilateral dalam bidang pertanian, perlombongan, sumber tenaga, aeroangkasa, teknologi maklumat, infrastruktur dan sebagainya.
Jelasnya, kerjasama dalam pelbagai bidang itu berupaya meningkatkan kedinamikan pembangunan sosioekonomi Pakistan.
Sementara itu, Wang berkata terdapat keperluan untuk kedua-dua pihak mempercepat pembinaan CPEC versi 2.0 dengan memberi tumpuan kepada tiga sektor utama iaitu pertanian, perindustrian dan perlombongan.
Ini termasuk mendorong kerjasama saling untung melibatkan Pelabuhan Gwadar, taman perindustrian, kesalinghubungan dan teknologi tinggi, sebagai usaha meningkatkan keupayaan pembangunan Pakistan secara mandiri serta mengukuhkan daya tahan negara itu terhadap cabaran luar.
Tambah beliau, China juga komited menyokong Pakistan dalam membanteras segala bentuk keganasan bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pembangunan negara dan kerjasama bilateral.
![]() |
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Wang Yi Lawat Pakistan Mulai Hari Ini
- Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Luar China, Pakistan, Afghanistan Berhasil
- China Sokong Pakistan, India Tangani Perselisihan menerusi Dialog
- Presiden China, Pakistan Adakan Pertemuan di Beijing
- China, Pakistan Sasar Komuniti Berkongsi Nasib Lebih Erat
- PM Li Bakal Hadiri Mesyuarat Pemimpin Kerajaan SCO dan Lawat Pakistan
- Xi Temui PM Pakistan
- Tahniah kepada China atas Kejayaan Lancarkan Satelit - PM Pakistan
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Pakistan Asif Ali Zardari
- Xi Uapkan Tahniah kepada Perdana Menteri Baharu Pakistan Shahbaz Sharif