- Lain-lain
“Laporan Penilaian Undang-undang 'Kebebasan Navigasi' Gaya AS” Diterbitkan
Institut Pengajian Strategi Pembangunan Lautan Kementerian Sumber Asli China, menerbitkan "Laporan Penilaian Undang-Undang 'Kebebasan Navigasi' Gaya Amerika Syarikat (AS)" versi bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris, semalam.
Laporan tersebut menunjukkan bahawa "kebebasan navigasi" gaya AS tidak mempunyai asas undang-undang antarabangsa, sebaliknya memutarbelit tafsiran dan undang-undang antarabangsa serta meneruskan logik hegemoni, iaitu "diplomasi kapal perang".
Laporan yang merangkumi empat segmen itu bertujuan menilai sama ada tuntutan dan amalan AS berkaitan "kebebasan navigasi" selaras dengan perjanjian dan undang-undang am antarabangsa serta menentukan sama ada amalan negara itu mempunyai asas undang-undang.
Laporan berkenaan menyatakan bahawa "kebebasan navigasi" gaya AS mengandungi sejumlah besar undang-undang antarabangsa yang dicipta dan ditetapkan oleh AS sendiri yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan amalan banyak negara.
Melalui tuntutan dan tindakannya itu, AS berupaya mengehadkan hak dan kepentingan negara lain, sambil memperluas hak dan kebebasannya sendiri atas nama "kebebasan" yang tidak terikat dengan undang-undang.
- Hong Kong Bantah Laporan Hak Asasi Manusia AS
- AS Kenakan Sekatan Visa terhadap Pegawai Brazil
- AS Diselar Cabul Hak Pelajar China
- AS Umum Penutupan USAID
- Kenyataan Menteri Luar Singpura Cerminkan Kebimbangan terhadap Hasutan AS di Asia Pasifik
- Kenyataan AS tentang "Ancaman Ketenteraan China", Cerminan Hegemoni dan Pembulian
- Strategi Indo-Pasifik Alat Amalkan Hegemoni: Prof. NDU
- Beijing Kemuka Bantahan Rasmi kepada AS
- AS Digesa Hentikan Langkah Diskriminasi Terhadap Syarikat China
- Bertindak Balas untuk Melindungi Kepentingan Ekonomi Negara - PM Malaysia