- Lain-lain
"Kisah Xi Jinping dalam Bidang Kebudayaan" Dilancarkan di Media Arus Perdana Negara Anggota SCO
Menjelang Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025, majlis pelancaran program "Kisah Xi Jinping Bidang Kebudayaan" yang diterbitkan Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Beijing pada Isnin.
Program berkenaan disiarkan secara serentak di media arus perdana negara-negara anggota SCO termasuk Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pakistan, Iran dan Belarus pada hari yang sama.
Presiden CMG, Shen Haixiong semasa berucap pada majlis itu berkata program berkenaan berkisar mengenai keprihatinan Presiden China, Xi Jinping yang peka mengenai warisan dan pembangunan kebudayaan, memaparkan intipati pemikiran Xi mengenai kebudayaan kepada penonton antarabangsa, dan memperjelaskan visi yang dibawa Xi berhubung "kebangkitan nusa dan bangsa daripada kemakmuran kebudayaan serta budaya yang kuat yang memastikan bangsa yang kuat".
Tambah Shen, CMG juga bersedia berkerjasama dengan rakan strategik dalam menyuntik momentum ke arah usaha membina konsensus sejagat dan memperdalam pertukaran dan kerjasama.
Selain itu, lebih 20 buah program CMG yang unggul juga akan disiarkan secara serentak di lebih 30 buah media arus perdana negara-negara SCO agar penonton dapat merasai semangat persahabatan yang terjalin antara negara-negara anggota pertubuhan berkenaan.
- Buku Wacana Xi mengenai Pemerkasaan Pembaharuan Diterbit
- Tiga Buku Xi Jinping Diterbitkan di Hong Kong
- Buku Pemikiran Penting Xi Mengenai Kerja Etnik Diterbitkan dalam Lima Bahasa Etnik
- Karya Terpilih Xi Mengenai Tamadun Ekologi Diterbitkan
- Naskhah Tunggal Ucapan Presiden Xi dalam Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Diterbitkan
- Xi Mahu Usaha Dipergiat Bina Pasaran Domestik yang Bersatu
- "Kisah Xi Jinping dalam Bidang Kebudayaan" Disiarkan di Itali
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Asia Tengah
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bakal Bersiaran di Lima Negara Asia Tengah
- Wujudkan Pembangunan Peradaban Kerohanian Berkualiti Tinggi: Xi