- Lain-lain
Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Asia Tengah
Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' versi antarabangsa terbitan Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Presiden Kazakhstan pada Isnin.
Program tersebut akan disiarkan menerusi saluran media arus perdana di lima negara Asia Tengah bertepatan dengan kehadiran Presiden China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak China-Asia Tengah kedua di Astana.
Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata penerbitan program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' oleh CMG merupakan usaha ke arah memperkukuh persahabatan rakyat antara China dengan negara Asia Tengah dan memperkasa pertukaran budaya antara kedua-dua pihak.
Ia sekali gus menyumbang kekuatan spiritual kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah yang lebih rapat.
Difahamkan, program itu menghimpunkan petikan karya klasik dan kata-kata hikmat yang digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memberi tumpuan kepada kerjasama terbuka, pembangunan sains dan teknologi, perlindungan ekologi, inovasi budaya dan lain-lain.
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bakal Bersiaran di Lima Negara Asia Tengah
- Wujudkan Pembangunan Peradaban Kerohanian Berkualiti Tinggi: Xi
- Xi Mahu Penyusunan Berkualiti Tinggi bagi Rancangan Lima Tahun Ke-15
- Pelan Induk "Lima Dalam Satu", Teori dan Praktis Menuju ke Modenisasi
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Media Arus Perdana Rusia
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Disiarkan di Rusia
- Xi Tekankan Perancangan Ekonomi, Pembangunan Sosial yang Sihat Pada 2026-2030
- Xi Sifatkan AI Industri Baru Muncul yang Bertumbuh Pesat, Dikuasai Golongan Muda
- Xi Mahu Semangat dan Usaha Kekal Teguh, Meski Zaman Berubah
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Disiarkan di Kemboja