China, Rusia Perlu Menyumbang Kepada Perkembangan Orde Antarabangsa Lebih Adil dan Rasional

(CRI)Selasa 26 Ogos 2025

China dan Rusia perlu mengekalkan persahabatan tradisional, memperkukuh kepercayaan strategik antara satu sama lain, meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang serta berganding bahu menjaga kepentingan keselamatan dan pembangunan negara masing-masing.

Perkara itu dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menerima kunjungan Pengerusi Duma Negara Rusia, Vyacheslav Volodin di Beijing pada Selasa.

Menurut Xi, kedua-dua pihak juga digesa mengukuhkan perpaduan negara-negara Global Selatan selain menegakkan amalan multilateralisme yang sebenar demi menggalakkan perkembangan orde antarabangsa ke arah yang lebih adil dan rasional.

Beliau berkata usaha mendorong perkembangan hubungan China-Rusia ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara yang juga menjadi tonggak kepada kestabilan keamanan dunia.

Sebagai medan perang utama di Asia dan Eropah semasa Perang Dunia ke-2 (WWII), China dan bekas Kesatuan Soviet pernah melakukan pengorbanan terbesar dalam usaha menentang pencerobohan tentera imperial Jepun dan Fasis Jerman, sekali gus menyumbang kepada kemenangan dalam WWII.

Justeru, Xi menzahirkan harapan agar kedua-dua pihak dapat saling berkongsi pengalaman dalam bidang tadbir urus negara dan perundangan, sekali gus memperkukuh jaminan undang-undang bagi kolaborasi strategik serta kerjasama pelbagai bidang China-Rusia dalam situasi baharu.

Sementara itu, Volodin pula mengutuskan ucapan mesra serta menyampaikan harapan daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin kepada Presiden Xi.

Beliau berkata, rakyat bekas Kesatuan Soviet dan China sama-sama memberikan sumbangan besar dalam usaha memenangi peperangan menentang Fasisme, kira-kira 80 tahun yang lalu.

Menurut Volodin, pihak juga bersedia meraikan kemenangan yang diperoleh dengan penuh pengorbanan bersama China, sambil memperingati jasa para pahlawan yang terkorban serta bersama-sama membina mencipta masa depan yang lebih indah.

Video

Berita Berkaitan