China Kemuka Garis Panduan, Majukan Peralihan Rendah Karbon, Perkukuh Pasaran Perdagangan Karbon Negara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 Ogos 2025
China Kemuka Garis Panduan, Majukan Peralihan Rendah Karbon, Perkukuh Pasaran Perdagangan Karbon Negara
Foto bertarikh 25 Mac 2024 ini memaparkan sebuah kawasan pokok kelapa di zon demonstrasi sifar karbon Boao di Provinsi Hainan, selatan China. (Xinhua/Yang Guanyu)

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa China telah memperkenalkan satu garis panduan untuk mempercepat peralihan rendah karbon dan hijau negara, serta memperkukuh pembinaan pasaran perdagangan karbon negara.

Garis panduan yang dikeluarkan secara bersama oleh Pejabat Am Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pejabat Am Majlis Negara itu menyatakan bahawa menjelang 2027, pasaran perdagangan karbon negara akan meliputi kesemua sektor industri utama, dan pasaran perdagangan pengurangan pelepasan gas rumah hijau sukarela negara akan berkembang sehingga mencakupi semua bidang utama.

Menjelang 2030, China secara asasnya dirangka telah mewujudkan sebuah pasaran perdagangan karbon negara berdasarkan sistem perdagangan pengurangan pelepasan karbon dengan kedua-duanya adalah peruntukan berbayar dan percuma.

Lapor Xinhua lagi, tahun ini juga akan menyaksikan pembinaan lengkap pasaran perdagangan pengurangan pelepasan gas rumah hijau sukarela negara yang boleh dipercayai, telus, terpiawai, disertai secara meluas dan sejajar dengan piawai antarabangsa.

Menurut Xinhua, China dijangka untuk mencapai hasil pengurangan pelepasan karbon yang signifikan, menambah baik rangka kerja kawal selia, dan memupuk mekanisme penentuan harga karbon dengan paras harga yang berpatutan menjelang waktu itu.

Garis panduan tersebut turut menyeru ke arah untuk mengembangkan liputan pasaran perdagangan karbon negara, menambah baik sistem peruntukan quota pelepasan karbon, serta memperkukuh panduan dan penyeliaan terhadap skema perdagangan karbon rintis wilayah.

Ia juga menggesa terhadap usaha untuk membangunkan pasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau sukarela menerusi pendekatan seperti menambah baik penyelarasan sumber pengurangan karbon, mengawal selia aktiviti pengurangan pelepasan sukarela, dan mempromosi pengaplikasian pengurangan pelepasan yang diperakui.

Pada masa sama, garis panduan itu turut mengajak terhadap usaha untuk menyegarkan pasaran perdagangan karbon dengan mempelbagaikan produk perdagangan, mengembangkan peserta pasaran dan memperkuat kawal selia pasaran.

Antara lain yang ditekankan dalam garis panduan itu adalah untuk memperkukuh kapasiti keseluruhan pasaran perdagangan karbon, serta memperteguh sokongan perundangan dan dasar, selain memperdalam kerjasama dan pertukaran antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan